Antarabangsa
Netanyahu dinamakan finalis TIME Person of the Year 2024
- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dinamakan finalis untuk senarai Orang Terbaik Tahun 2024 (Person of the Year) majalah TIME.
- The Jerusalem Post pada Selasa melaporkan jika penyandang tahun lepas, Taylor Swift dipilih kerana impak Eras Tour yang memecahkan rekod dunia, calon tahun ini sebahagian besarnya dipilih kerana impak politik mereka, samada baik atau buruk.
- TIME merujuk Netanyahu sebagai “salah seorang pemimpin dunia yang paling berpengaruh dan kontroversi tahun ini,” antara lain dengan merujuk kepimpinannya sepanjang perang Israel-Hamas di Gaza dan serangan alat kelui Hizbullah di Lubnan pada September lalu.
- Netanyahu sebelum ini dinamakan sebagai salah satu daripada 100 orang paling berpengaruh pada 2019.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dinamakan finalis untuk senarai Orang Terbaik Tahun 2024 (Person of the Year) majalah TIME.
The Jerusalem Post pada Selasa melaporkan jika penyandang tahun lepas, Taylor Swift dipilih kerana impak Eras Tour yang memecahkan rekod dunia, calon tahun ini sebahagian besarnya dipilih kerana impak politik mereka, samada baik atau buruk.
TIME merujuk Netanyahu sebagai “salah seorang pemimpin dunia yang paling berpengaruh dan kontroversi tahun ini,” antara lain dengan merujuk kepimpinannya sepanjang perang Israel-Hamas di Gaza dan serangan alat kelui Hizbullah di Lubnan pada September lalu.
Turut dicalonkan tokoh politik terkenal seperti Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris dan Presiden terpilih Donald Trump serta personaliti lain, termasuk Elon Musk dan Joe Rogan.
Setiap calon ini sebelum ini diketengahkan majalah TIME, termasuk Netanyahu, yang dinamakan sebagai salah satu daripada 100 orang paling berpengaruh pada 2019.
Netanyahu ditemubual TIME pada Ogos, di mana dia membincangkan mengenai perang tujuh perbatasan Israel.
Senarai itu, yang disiarkan di media sosial, mencetuskan kemarahan, dengan ramai mendakwa Harris harus dikeluarkan daripada pertimbangan selepas kalah dalam pilihan raya 2024, dan yang lain mendakwa Trump sepatutnya menjadi pilihan yang ‘jelas’. – The Merdeka Times