Connect with us

Terkini

Fahmi mahu organisasi media berkaitan segera lunas isu tunggakan gaji

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa organisasi media yang menghadapi isu tunggakan gaji petugas agar segera menyelesaikan bayaran tersebut.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
  • Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan tindakan tidak membayar gaji pengamal media selama beberapa bulan sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.
  • “Saya berpendapat ini tidak sepatutnya berlaku, organisasi media tersebut wajib melunaskan tunggakan gaji kepada para pekerja,” katanya ketika ditemui di Busan, Korea Selatan hari ini.
  • Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka (GERAMM) sebelum ini telah menggesa pihak majikan yang mewakili pengamal media The Malaysian Insight dan The Vibes untuk segera melangsaikan tunggakan gaji yang tidak dibayar selama beberapa bulan.

BUSAN — Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa organisasi media yang menghadapi isu tunggakan gaji petugas agar segera menyelesaikan bayaran tersebut.

Beliau menyifatkan tindakan tidak membayar gaji pengamal media selama beberapa bulan sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

“Saya berpendapat ini tidak sepatutnya berlaku, organisasi media tersebut wajib melunaskan tunggakan gaji kepada para pekerja,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Fahmi kini sedang dalam lawatan kerja ke Korea Selatan selama tiga hari bermula pada 30 Sept.

Katanya, beliau juga bersedia menjadi perantara bagi pihak pengamal media dan majikan masing-masing untuk mencari penyelesaian terbaik dalam isu tersebut.

Sebelum ini, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka (GERAMM) telah menggesa pihak majikan yang mewakili pengamal media The Malaysian Insight dan The Vibes untuk segera melangsaikan tunggakan gaji yang tidak dibayar selama beberapa bulan.

Menurut mereka, perkara ini jelas merupakan satu bentuk penindasan yang mencerminkan kelemahan pengurusan di pihak majikan itu sendiri. — BERNAMA

 

Author