Connect with us

Antarabangsa

Pastor Filipina dikehendaki AS kes pemerdagangan seks kanak-kanak ditangkap

Seorang pastor Filipina yang dikehendaki di Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan pemerdagangan seks kanak-kanak telah ditangkap, demikian kenyataan pegawai pada Ahad selepas dua minggu operasi memburu besar-besaran pihak polis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tangkap layar video pastor Filipina yang dikehendaki di Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan pemerdagangan seks kanak-kanak.
  • Seorang pastor Filipina yang dikehendaki di Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan pemerdagangan seks kanak-kanak telah ditangkap, demikian kenyataan pegawai pada Ahad selepas dua minggu operasi memburu besar-besaran pihak polis.
  • “Apollo Quiboloy telah ditangkap,” kata Setiausaha Dalam Negeri, Benjamin Abalos di laman rasmi Facebooknya dipetik The Straits Times.
  • Pastor yang mempunyai hubungan politik itu juga didakwa atas kes pemerdagangan manusia di mahkamah Filipina.
  • Quiboloy yang mengaku sebagai “anak tuhan” dan sekutu bekas presiden Rodrigo Duterte merupakan pengasas gereja Kingdom of Jesus Christ yang berpusat di Filipina dan mendakwa memiliki jutaan pengikut.
  • Pada 2021, Jabatan Kehakiman AS mendakwa Quiboloy atas tuduhan pemerdagangan seks melibatkan kanak-kanak perempuan dan wanita berumur antara 12 hingga 25 tahun untuk bekerja sebagai pembantu peribadi, atau dikenali sebagai “pastorals,” yang dikatakan dipaksa melakukan hubungan seks dengannya.

Seorang pastor Filipina yang dikehendaki di Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan pemerdagangan seks kanak-kanak telah ditangkap, demikian kenyataan pegawai pada Ahad selepas dua minggu operasi memburu besar-besaran pihak polis.

“Apollo Quiboloy telah ditangkap,” kata Setiausaha Dalam Negeri, Benjamin Abalos di laman rasmi Facebooknya dipetik The Straits Times.

Pastor yang mempunyai hubungan politik itu juga didakwa atas kes pemerdagangan manusia di mahkamah Filipina.

Quiboloy yang mengaku sebagai “anak tuhan” dan sekutu bekas presiden Rodrigo Duterte merupakan pengasas gereja Kingdom of Jesus Christ yang berpusat di Filipina dan mendakwa memiliki jutaan pengikut.

Pada 2021, Jabatan Kehakiman AS mendakwa Quiboloy atas tuduhan pemerdagangan seks melibatkan kanak-kanak perempuan dan wanita berumur antara 12 hingga 25 tahun untuk bekerja sebagai pembantu peribadi, atau dikenali sebagai “pastorals,” yang dikatakan dipaksa melakukan hubungan seks dengannya.

Ketua polis wilayah yang mengetuai operasi memburu di ibu pejabat kumpulan itu di bandar Davao di selatan, Brigadier Jeneral Nicolas Torre mengesahkan penangkapan itu dalam satu sidang akhbar.

Seramai 2,000 anggota polis dikerahkan ke ibu pejabat itu di Davao pada 24 Ogos lalu untuk melaksanakan waran tangkap ke atas Quiboloy, namun Torre tidak menjelaskan butiran penangkapan tersebut. – The Merdeka Times

Author