Connect with us

Antarabangsa

Kecoh penemuan terowong rahsia di rumah ibadat Yahudi

Kekecohan berlaku di dalam rumah ibadat Yahudi (Sinagog) di New York, Amerika Syarikat pada malam Isnin ketika sekumpulan pelajar menghalang terowong rahsia di situ daripada ditutup.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kecoh penemuan terowong rahsia Sinagog di New York
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kekecohan berlaku di dalam rumah ibadat Yahudi (Sinagog) di New York, Amerika Syarikat pada malam Isnin ketika sekumpulan pelajar menghalang terowong rahsia di situ daripada ditutup.
  • Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD) mereka dipanggil ke Ibu Pejabat Dunia Chabad-Lubavitch di 770 Eastern Parkway di kawasan kejiranan Crown Heights di Brooklyn pada petang Isnin “selepas sekumpulan individu memasuki ke bangunan itu secara tidak sah dan merosakkan dinding”.
  • Rakaman video menunjukkan panel kayu dinding rumah ibadat itu dipecahkan dan kelihatan beberapa individu lelaki berada di ruangan tersebut dengan cubaan menghalang terowong itu ditutup dengan simen. 

Kekecohan berlaku di dalam rumah ibadat Yahudi (Sinagog) di New York, Amerika Syarikat pada malam Isnin ketika sekumpulan pelajar menghalang terowong rahsia di situ daripada ditutup.

Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD) mereka dipanggil ke Ibu Pejabat Dunia Chabad-Lubavitch di 770 Eastern Parkway di kawasan kejiranan Crown Heights di Brooklyn pada petang Isnin “selepas sekumpulan individu memasuki ke bangunan itu secara tidak sah dan merosakkan dinding”.

Rakaman video menunjukkan panel kayu dinding rumah ibadat itu dipecahkan dan kelihatan beberapa individu lelaki berada di ruangan tersebut dengan cubaan menghalang terowong itu ditutup dengan simen. 

“Pada masa ini, diketahui beberapa individu telah ditahan,” kata Jurucakap NYPD dipetik Newsweek

Pengarah media gerakan Chabad-Lubavitch, Rabbi Motti Seligson berkata pegawai Chabad-Lubavitch “telah cuba mendapatkan kawalan ke atas premis itu melalui sistem Mahkamah Negeri New York, malangnya proses itu berlarutan selama bertahun-tahun.

“Perkara ini, jelas sekali amat menyusahkan pergerakan Lubavitch dan komuniti Yahudi di seluruh dunia. Kami berharap dan berdoa agar dapat mengembalikan kesucian dan kehormatan tempat suci ini,” katanya.

Beliau turut menyatakan di X bahawa “sebuah lori simen datang untuk membaiki dinding tersebut”.

“Usaha itu diganggu oleh ekstremis yang memecah dinding ke rumah ibadat itu, merosakkan tempat perlindungan, untuk mengekalkan kemasukan tanpa kebenaran. Sejak mereka ditangkap bangunan itu ditutup sementara menunggu semakan keselamatan struktur,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *