Antarabangsa
Inspirasi ‘keffiyyeh’, Pereka fesyen Mesir guna AI hasilkan koleksi fesyen solidariti Palestin
Sempena Tahun Baru 2024, seorang pereka fesyen Mesir, Mohamed Nour tampil dengan koleksi rekaan terbaru ‘Hurra’ bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin yang diserang rejim zionis Israel.
- Sempena Tahun Baru 2024, seorang pereka fesyen Mesir, Mohamed Nour tampil dengan koleksi rekaan terbaru ‘Hurra’ bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin yang diserang rejim zionis Israel.
- Koleksi rekaan fesyen ‘Hurra’ yang bermaksud ‘merdeka’ itu diinspirasikan daripada corak shawl tradisional Palestin, ‘keffiyyeh’.
- Egypt Today melaporkan dengan hanya menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), 42 jenis corak fesyen dihasilkan Mohamed meliputi pakaian wanita berhijab dan sebaliknya.
Sempena Tahun Baru 2024, seorang pereka fesyen Mesir, Mohamed Nour tampil dengan koleksi rekaan terbaru ‘Hurra’ bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin yang diserang rejim zionis Israel.
Koleksi rekaan fesyen ‘Hurra’ yang bermaksud ‘merdeka’ itu diinspirasikan daripada corak shawl tradisional Palestin, ‘keffiyyeh’.
Egypt Today pada Isnin lalu melaporkan dengan hanya menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), 42 jenis corak fesyen dihasilkan Mohamed meliputi pakaian wanita berhijab dan sebaliknya.
Rekaan fesyen itu bertujuan mengingatkan masyarakat dunia supaya tidak melupakan kezaliman dilakukan rejim pengganas zionis Israel di Gaza ketika ini.
Sekurang-kurangnya 22,438 warga Palestin di Gaza terkorban dalam serangan rejim Israel sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times