Connect with us

Antarabangsa

ICJ tidak boleh halang Israel terus serang Gaza – Netanyahu

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar untuk tidak membiarkan kes pembunuhan beramai-ramai (genosid) Israel yang dibicarakan di Mahkamah keadilan Antarabangsa (ICJ) menghalang negara haram itu dari meneruskan perang terhadap Hamas di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

ICJ tidak boleh halang Israel terus serang Gaza – Netanyahu
Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar untuk tidak membiarkan kes pembunuhan beramai-ramai (genosid) Israel yang dibicarakan di Mahkamah keadilan Antarabangsa (ICJ) menghalang negara haram itu dari meneruskan perang terhadap Hamas di Gaza.
  • “Tiada siapa akan menghalang kami – bukan The Hague (merujuk ICJ), bukan Axis of Evil, tidak ada sesiapa pun. Ia mungkin dan perlu diteruskan sehingga kemenangan dicapai dan kami akan melakukannya,” kata Netanyahu dalam sidang media pada Sabtu lalu dipetik RT.
  • Netanyahu menggunakan istilah Axis of Evil untuk merujuk kepada Iran, Houthi Yaman, Hizbullah dan Hamas – iaitu gabungan yang turut digelar sebagai “Paksi Penentangan” kerana penentangannya terhadap kuasa Amerika Syarikat (AS) dan rejim Israel di rantau itu.
  • Perbicaraan dakwaan genosid terhadap Israel bermula akhir minggu lalu di ICJ di Hague, Belanda.
  • Afrika Selatan mengemukakan kes itu ke ICJ mendakwa Israel terlibat dalam tindakan “berniat untuk membawa kemusnahan sebahagian besar rakyat, kaum dan etnik Palestin”.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar untuk tidak membiarkan kes pembunuhan beramai-ramai (genosid) Israel yang dibicarakan di Mahkamah keadilan Antarabangsa (ICJ) menghalang negara haram itu dari meneruskan perang terhadap Hamas di Gaza.

“Tiada siapa akan menghalang kami – bukan The Hague (merujuk ICJ), bukan Axis of Evil, tidak ada sesiapa pun. Ia mungkin dan perlu diteruskan sehingga kemenangan dicapai dan kami akan melakukannya,” kata Netanyahu dalam sidang media pada Sabtu lalu dipetik RT.

Istilah “Axis of Evil” pertama kali digunakan dalam ucapan presiden Amerika Syarikat (AS) George W Bush untuk merujuk kepada Iraq, Iran dan Korea Utara.

Ketika itu, negara terbabit dikenali sebagai musuh utama Washington yang kononnya dilengkapi dengan senjata pemusnah besar-besaran yang terbukti hanyalah mitos (kisah dongeng atau rekaan).

Netanyahu menggunakan istilah itu untuk merujuk kepada Iran, Houthi Yaman, Hizbullah dan Hamas – iaitu gabungan yang turut digelar sebagai “Paksi Penentangan” kerana penentangannya terhadap kuasa Amerika Syarikat (AS) dan rejim Israel di rantau itu.

Perbicaraan dakwaan genosid terhadap Israel bermula akhir minggu lalu di ICJ di Hague, Belanda.

Afrika Selatan mengemukakan kes itu ke ICJ mendakwa Israel terlibat dalam tindakan “berniat untuk membawa kemusnahan sebahagian besar rakyat, kaum dan etnik Palestin”.

Rejim zionis Israel bagaimanapun membalas dengan mengatakan kumpulan Hamas yang sebenarnya menyimpan niat melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap Israel.

Israel berhujah ia satu tindakan yang wajar untuk cuba “menghapuskan” Hamas yang didakwa bertanggungjawab terhadap 1,200 kematian warga Israel pada 7 Oktober lalu – tanpa mengira kemudaratannya terhadap penduduk awam.

Tentera penjajah Israel juga mengakui mereka diarahkan untuk menembak warga Israel di sempadan Kibbutz, termasuk di festival muzik pada hari serangan Hamas itu.

Insiden itu menimbulkan persoalan tentang berapa ramai sebenarnya ‘dibunuh’ pejuang Hamas berbanding serangan dilancarkan kereta kebal dan serangan udara rejim zionis sendiri. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.
  • Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
  • Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
  • “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
  • Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
  • Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.

“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.

Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.

Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.

Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.

Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.

Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.

Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending