Connect with us

Terkini

Sarawak perkenal sistem peperiksaan khas tahun enam ganti UPSR

Sarawak bakal memperkenalkan sistem penilaian tersendiri iaitu peperiksaan khas untuk seluruh pelajar tahun enam di semua sekolah kerajaan di dalam negeri tersebut bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Wartawan TMT

Published

on

Sarawak perkenal sistem peperiksaan khas tahun enam ganti UPSR
Foto: Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.
  • Sarawak bakal memperkenalkan sistem penilaian tersendiri iaitu peperiksaan khas untuk seluruh pelajar tahun enam di semua sekolah kerajaan di dalam negeri tersebut bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
  • Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata penilaian tersebut akan menyerupai UPSR yang sebelum ini dimansuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Kata beliau, kerajaan negeri berusaha untuk merealisasikan pelan tersebut kerana ia dipercayai akan membantu pelajar-pelajar.
  • “Perkara ini bergantung kepada dasar Persekutuan. Bagaimanapun, kami di Sarawak akan berusaha untuk mempunyai sistem penilaian sendiri.
  • “Ini kerana kita percaya itu satu-satunya kaedah untuk kita mengetahui prestasi sebenar pelajar,” katanya dalam satu program seperti mana dilaporkan oleh The Borneo Post.

PETALING JAYA: Sarawak bakal memperkenalkan sistem penilaian tersendiri iaitu peperiksaan khas untuk seluruh pelajar tahun enam di semua sekolah kerajaan di dalam negeri tersebut bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata penilaian tersebut akan menyerupai UPSR yang sebelum ini dimansuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kata beliau, kerajaan negeri berusaha untuk merealisasikan pelan tersebut kerana ia dipercayai akan membantu pelajar-pelajar.

“Perkara ini bergantung kepada dasar Persekutuan. Bagaimanapun, kami di Sarawak akan berusaha untuk mempunyai sistem penilaian sendiri.

“Ini kerana kita percaya itu satu-satunya kaedah untuk kita mengetahui prestasi sebenar pelajar,” katanya dalam satu program seperti mana dilaporkan oleh The Borneo Post.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, KPM memansuhkan UPSR pada tahun 2021 dan digantikan dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Mengulas lanjut, Roland Sagah berkata, pihaknya masih lagi belum menerima sebarang pelan tindakan berkaitan pembangunan kurikulum baharu oleh KPM.

Namun, beliau akui Kerajaan Persekutuan ada mengadakan jelajah eksplorasi pendidikan di seluruh negara untuk mengumpul pendapatan dan input bagi menjayakan rancangan pembangunan kurikulum pendidikan baharu.

“Saya rasa Kerajaan Persekutuan ada melakukan tinjauan untuk mengumpul maklumat dan pandangan mengenai perkara ini daripada kalangan masyarakat.

“Secara peribadi, saya belum melihat pelan tindakan kurikulum dicadangkan, jadi saya tidak boleh komen dan seadilnya saya tidak dapat komen benda yang saya tidak lihat,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel
Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.
  • “Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.
  • Awal hari ini, Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

“Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.

Roya News melaporkan Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

“Seorang komander Hizbullah yang bertanggungjawab terhadap salah satu daripada tiga sektor di selatan Lubnan terbunuh” dalam “serangan Israel ke atas sebuah kereta di Tyre”, kata sumber kepada Agence France-Presse (AFP).

Komander terbunuh ialah Mohamed Naim Nasser, 59 tahun, ketua unit Aziz Hizbullah yang mengawal salah satu daripada tiga bahagian wilayah selatan Lubnan.

Unit itu bertanggungjawab terhadap daerah timur di sempadan Lubnan dan Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending