Connect with us

Antarabangsa

Mesir terima, rawat penduduk cedera di Gaza melalui lintasan Rafah

Mesir menerima dan merawat penduduk Palestin yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza, dengan pembukaan pintu sempadan di Rafah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mesir terima, rawat penduduk cedera di Gaza melalui lintasan Rafah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mesir menerima dan merawat penduduk Palestin yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza, dengan pembukaan pintu sempadan di Rafah.
  • Pihak berkuasa sempadan di Semenanjung Gaza memaklumkan Mesir bersetuju membenarkan 81 penduduk yang cedera parah masuk ke negaranya melalui Rafah yang merupakan satu-satunya ‘lintasan’ tidak dikawal oleh Israel.
  • Seorang jurugambar AFP mendakwa sejumlah besar ambulans sudah ditempatkan di Rafah.
  • “Pasukan perubatan akan berada di lintasan itu untuk memeriksa penduduk cedera dari Gaza. Mereka akan menentukan hospital mana akan dihantar,” kata seorang pegawai perubatan di bandar El Arish, Mesir.

KAHERAH: Mesir menerima dan merawat penduduk Palestin yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza, dengan pembukaan pintu sempadan di Rafah.

Pihak berkuasa sempadan di Semenanjung Gaza memaklumkan Mesir bersetuju untuk membenarkan 81 penduduk yang cedera parah masuk ke negaranya melalui Rafah yang merupakan satu-satunya ‘lintasan’ tidak dikawal oleh Israel.

Seorang jurugambar AFP mendakwa sejumlah besar ambulans sudah ditempatkan di Rafah.

“Pasukan perubatan akan berada di lintasan itu untuk memeriksa penduduk cedera dari Gaza. Mereka akan menentukan hospital mana akan dihantar,” kata seorang pegawai perubatan di bandar El Arish, Mesir.

Menurut pegawai perubatan itu, sebuah hospital lapangan dengan keluasan 1,300 meter persegi akan dibina.

Tambahnya, hospital lapangan itu akan menerima penduduk Palestin yang cedera di bandar Sheikh Zuweid, utara Sinai, kira-kira 15 kilometer (km) dari Rafah.

Sumber keselamatan di lintasan Rafah mengesahkan maklumat Mesir membenarkan penduduk Palestin yang cedera masuk ke negara itu untuk mendapatkan rawatan.

Usaha itu dilakukan di tengah-tengah pengeboman tanpa henti Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Malah, keputusan untuk membuka lintasan itu dibuat selepas serangan Israel ke atas kem pelarian terbesar Gaza mengorbankan sekurang-kurangnya 50 orang.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan lebih 8,500 penduduk Palestin terbunuh termasuk lebih 3,500 kanak-kanak. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *