Connect with us

Terkini

Harakah akan kemukakan rayuan Kad Perakuan Media, Fahmi bincang dengan Japen

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil akan berbincang dengan Jabatan Penerangan (Japen) berhubung tindakan jabatan itu menarik semula Kad Perakuan Media wartawan Harakah dan HarakahDaily pada Selasa lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Harakah akan kemukakan rayuan Kad Perakuan Media, Fahmi bincang dengan Japen
Foto: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
  • Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil akan berbincang dengan Jabatan Penerangan (Japen) berhubung tindakan jabatan itu menarik semula Kad Perakuan Media wartawan Harakah dan HarakahDaily pada Selasa lalu.
  • Fahmi Fadzil berkata beliau difahamkan Harakah akan menghantar rayuan berhubung perkara itu dan ia dialu-alukan pihaknya.
  • Beliau berkata pihaknya bersedia dengan perkara itu sebagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyebutkan bahawa beliau bersedia untuk ‘memaafkan’ akhbar itu.
  • “Kerana yang ingin saya tegaskan di sini adalah etika kewartawanan dan kita sedia seperti Perdana Menteri sebutkan hari itu dia sedia untuk memaafkan dan tidak menjadi masalah,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
  • Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai status rayuan yang dikatakan sudah dihantar Harakah berhubung penarikan semula Kad Perakuan Media wartawan akhbar itu.

KUALA LUMPUR — Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil akan berbincang dengan Jabatan Penerangan (Japen) berhubung tindakan jabatan itu menarik semula Kad Perakuan Media wartawan Harakah dan HarakahDaily pada Selasa lalu.

Fahmi Fadzil berkata beliau difahamkan Harakah akan menghantar rayuan berhubung perkara itu dan ia dialu-alukan pihaknya.

Beliau berkata pihaknya bersedia dengan perkara itu sebagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyebut bahawa beliau bersedia untuk ‘memaafkan’ akhbar itu.

“Kerana yang ingin saya tegaskan di sini adalah etika kewartawanan dan kita sedia seperti Perdana Menteri sebutkan hari itu dia (Anwar) sedia untuk memaafkan dan tidak menjadi masalah.

“Ini tidak terpakai hanya kepada Harakah tapi kepada semua…ini yang kita ingin tegaskan kepada semua rakan-rakan media termasuklah kepada para veteran yang disebutkan tadi.

“Cuma saya berpandangan berbeza lah seperti saya sebut kalau mungkin zaman-zaman sebelum ini lapan orang veteran ini kalau mereka berkhidmat mungkin selepas mereka mengeluarkan kenyataan itu berbagai tindakan diambil tapi hingga ke hari ini mereka bebas dan terus boleh bersuara dan kita terima pandangan dan kritikan mereka,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai status rayuan yang dikatakan sudah dihantar Harakah berhubung penarikan semula Kad Perakuan Media wartawan akhbar itu.

Fadhli turut membangkitkan persoalan tentang dakwaan wujud gangguan khususnya daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) terhadap kandungan yang dilihat tidak menyentuh isu 3R (Institusi Diraja, Agama, Bangsa).

Katanya persoalan dibangkitkan itu bukan hanya membabitkan ahli politik sebaliknya lapan wartawan veteran turut menegur MCMC supaya tidak berlagak seperti ‘abang besar’ pada Ogos lalu.

Ketua Penerangan PAS itu pada Selasa lalu memaklumkan akhbar lidah rasmi PAS menerima surat daripada Japen memberitahu supaya memulangkan pas media wartawan mereka.

Media melaporkan Japen mendapati terdapat artikel berita diterbitkan portal Harakah Daily bertarikh 6 November lalu, bertajuk ‘Malaysia di bawah Anwar ragu-ragu sokong Palestin’ yang melanggar etika kewartawanan Malaysia iaitu tuduhan tidak berasas.

Japen kemudiannya meminta kerjasama pihak akhbar berkenaan untuk memulangkan semua Kad Perakuan Media selewat-lewatnya semalam dan permohonan memperbaharui adalah tidak diluluskan.

Pada hari sama, Anwar di Dewan Rakyat, menyatakan beliau berasa marah dengan tindakan Harakah memaparkan gambarnya dengan berlatarbelakangkan bendera Israel, sekali gus menyifatkan ia sebagai biadab dan melanggar tatasusila. — The Merdeka Times

Sumber : Youtube Parlimen Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *