Connect with us

Terkini

Hanya 386 daripada 1,505 sekolah daif dinaik taraf, dibangunkan semula – LKAN

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022, mendapati pencapaian prestasi kerja menaik taraf dan pembangunan semula bangunan daif di sekolah di negara ini adalah kurang memuaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (kiri) melawat sekolah.
  • Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022, mendapati pencapaian prestasi kerja naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif di sekolah negara ini kurang memuaskan.
  • Hanya 25.6 peratus atau 386 daripada 1,505 sekolah di seluruh negara dikenal pasti mempunyai bangunan daif, dilaksanakan Projek Naik Taraf dan Pembangunan Semula Sekolah.
  • Daripada 1,505 sekolah dikenal pasti mempunyai bangunan daif hingga 31 Disember lalu, hanya 411 atau 27.3 peratus sekolah diangkat permohonan pelaksanaan projek daif kepada Kementerian Ekonomi.
  • “Sementara sebanyak 263 atau 68.1 peratus sekolah pula masih dalam peringkat pelaksanaan meliputi 93 sekolah di peringkat pembinaan dan 170 sekolah di peringkat prabina.
  • “Keberhasilan pengurusan naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif tidak tercapai sepenuhnya kerana sebahagian projek masih dalam fasa pelaksanaan atau belum dimulakan hingga akhir tahun 2022,” katanya.

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022, mendapati pencapaian prestasi kerja menaik taraf dan pembangunan semula bangunan daif di sekolah di negara ini adalah kurang memuaskan.

Hanya 25.6 peratus atau 386 daripada 1,505 sekolah di seluruh negara yang dikenal pasti mempunyai bangunan daif, telah dilaksanakan Projek Naik Taraf dan Pembangunan Semula Sekolah.

Daripada 1,505 sekolah yang dikenal pasti mempunyai bangunan daif hingga 31 Disember lalu, hanya 411 atau 27.3 peratus sekolah diangkat permohonan pelaksanaan projek daif kepada Kementerian Ekonomi.

“Sementara sebanyak 263 atau 68.1 peratus sekolah pula masih dalam peringkat pelaksanaan meliputi 93 sekolah di peringkat pembinaan dan 170 sekolah di peringkat prabina.

“Keberhasilan pengurusan naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif tidak tercapai sepenuhnya kerana sebahagian projek masih dalam fasa pelaksanaan atau belum dimulakan hingga akhir tahun 2022,” katanya.

Secara keseluruhan, sebanyak 16 pengauditan prestasi dilaksanakan di 14 kementerian membabitkan projek dan program bernilai RM208.882 bilion bagi LKAN Tahun 2022.

Pengauditan dijalankan pada November 2022 hingga Februari lalu dengan menyemak fail, rekod dan dokumen di KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta sekolah di negeri Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak.

Semakan juga dibuat di agensi pelaksana yang dilantik iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, JKR Sabah dan JKR Sarawak serta Kementerian Ekonomi iaitu agensi pusat yang meluluskan pelaksanaan projek daif.

Pada masa sama, menurut LKAN 2022, sebanyak 398 atau 96.8 peratus sekolah diluluskan projek daif manakala 13 (3.2 peratus) permohonan pula tidak diluluskan disebabkan peruntukan yang terhad.

Analisis audit juga mendapati permohonan projek daif bagi baki 1,094 (72.7 peratus) sekolah masih belum diangkat kepada Kementerian Ekonomi sehingga 31 Disember lalu.

Keadaan itu menyebabkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) masih dilaksanakan di ruang yang disahkan tidak selamat oleh JKR dan terdapat penempatan sementara yang disediakan pihak sekolah, tidak kondusif.

Menurut LKAN 2022, kelewatan mengangkat permohonan projek daif kepada Kementerian Ekonomi dan kelewatan pelaksanaan projek yang diluluskan boleh menjejaskan keselamatan murid dan guru apabila bangunan atau ruang yang disahkan tidak selamat masih digunakan.

Sehubungan itu, pihak audit mengesyorkan supaya Kementerian Pendidikan (KPM) mengangkat lebih banyak permohonan projek daif kepada pihak Kementerian Ekonomi untuk kelulusan bagi memastikan sekolah yang dikenal pasti mempunyai bangunan daif dinaik taraf dengan segera.

“Selain itu, KPM disyor supaya melaksanakan sesi libat urus dengan semua pihak terbabit supaya keperluan setiap agensi berkenaan dapat diselaraskan dan pembangunan sekolah menepati keperluan pengguna.

“Pelaksanaan projek juga perlu dipantau dengan rapi supaya projek daif dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Menurut LKAN 2022, KPM hendaklah menyediakan perancangan penyuraian murid bagi sekolah yang dikenalpasti mempunyai bangunan daif supaya PdP dapat dilaksanakan dalam keadaan yang selamat dan kondusif.

Katanya, KPM perlu melaksanakan penyelenggaraan secara berkala bagi memastikan bangunan sekolah sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kondusif untuk tujuan pelaksanaan PdP.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending