Connect with us

Antarabangsa

AS akan berdepan akibat teruk jika serangan di Gaza tidak dihentikan – Menteri Pertahanan Iran

Menteri Pertahanan Iran pada Ahad memberi amaran Amerika Syarikat (AS) akan berdepan akibat yang teruk jika serangan rejim Israel di Gaza tidak dihentikan.

Wartawan TMT

Published

on

AS akan berdepan akibat teruk jika serangan di Gaza tidak dihentikan – Menteri Pertahanan Iran
Foto: Menteri Pertahanan Iran, Mohammad-Reza Ashtiani.
  • Menteri Pertahanan Iran pada Ahad memberi amaran Amerika Syarikat (AS) akan berdepan akibat yang teruk jika serangan rejim Israel di Gaza tidak dihentikan.
  • “Nasihat kami kepada AS ialah hentikan segera perang di Gaza dan laksanakan gencatan senjata, jika tidak, mereka akan dihentam teruk,” kata Mohammad-Reza Ashtiani dipetik agensi berita IRNA.
  • Terdahulu, Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani pada Ahad berkata, Israel melakukan “jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai” dengan “sokongan penuh” kerajaan AS.
  • “Tindakan jenayah Israel, disokong penuh AS, menggambarkan semangat keangkuhan Washington yang mencetuskan sifat kebencian sesama negara di seluruh dunia,” kata Kanaani dilaporkan Press TV.
  • Washington menolak seruan gencatan senjata penuh antara Israel dan Hamas, sebaliknya memilih untuk diadakan “jeda kemanusiaan”.

Menteri Pertahanan Iran pada Ahad memberi amaran Amerika Syarikat (AS) akan berdepan akibat yang teruk jika serangan rejim Israel di Gaza tidak dihentikan.

“Nasihat kami kepada AS ialah hentikan segera perang di Gaza dan laksanakan gencatan senjata, jika tidak, mereka akan dihentam teruk,” kata Mohammad-Reza Ashtiani dipetik agensi berita IRNA.

Terdahulu, Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani pada Ahad berkata, Israel melakukan “jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai” dengan “sokongan penuh” kerajaan AS.

“Tindakan jenayah Israel, disokong penuh AS, menggambarkan semangat keangkuhan Washington yang mencetuskan sifat kebencian sesama negara di seluruh dunia,” kata Kanaani dilaporkan Press TV.

Washington menolak seruan gencatan senjata penuh antara Israel dan Hamas, sebaliknya memilih untuk diadakan “jeda kemanusiaan”.

Pentagon juga menghantar senjata tambahan kepada IDF dan menghantar armada tentera laut ke Laut Mediterranean barat untuk menunjukkan sokongan kepada Israel.

Sementara itu, Israel dan AS menuduh Iran sebagai dalang dalam serangan Hamas ke atas orang awam Israel dengan membekalkan kumpulan itu dengan senjata.

Advertisement

Pentagon menuduh Iran menyokong militia yang melakukan serangan dron dan roket ke atas pangkalan AS di Timur Tengah.

Teheran pula mengeluarkan kenyataan menyokong pencerobohan Hamas pada 7 Oktober ke atas Israel, tetapi mendakwa serbuan itu “usaha penuh rakyat Palestin”.

Israel bertindak balas terhadap pencerobohan 7 Oktober lalu dengan mengenakan sekatan penuh ke atas Gaza dan menyerang apa yang dikatakan sebagai sasaran berkaitan Hamas. 

Lebih 9,000 rakyat Palestin, termasuk ribuan wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh, menurut laporan pihak berkuasa tempatan di Gaza.

Sumber: RT

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending