Terkini
Tiada tafsiran mengatakan individu digelar kafir bermaksud bukan warganegara – Firdaus Wong
Tiada sebarang tafsiran mahupun kamus mengatakan apabila mana-mana individu digelar kafir maka bermaksud seseorang itu bukan warganegara, kata pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung susulan isu panggilan kafir kepada orang bukan Islam yang tidak disenangi Ahli Dewan Negara dari MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker.

- Tiada sebarang tafsiran mahupun kamus mengatakan apabila mana-mana individu digelar kafir maka bermaksud seseorang itu bukan warganegara, kata pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung susulan isu panggilan kafir kepada orang bukan Islam yang tidak disenangi Ahli Dewan Negara dari MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker.
- Firdaus Wong berkata, menurut undang-undang, seorang kafir atau bukan Muslim mahupun belum Muslim tetap rakyat Malaysia.
- Beliau berkata penasihat undang-undangnya di Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM) turut mengatakan tiada beza istilah ‘kafir’ dan bukan Muslim di sisi undang-undang.
- “Saya percaya Dato Sri terkeliru dan membuat andaian sendiri bahawa apabila digelar ‘kafir’ maka bukannya warganegara Malaysia. Saya tidak pasti dari mana Dato Sri dapat pemahaman begitu.”
- “Kafir (Bahasa Arab) = Bukan Muslim (Bahasa Melayu) = Non Muslim (English) = Infidel (English). Setakat ini saya tak pernah jumpa mana-mana tafsiran mahupun kamus mengatakan bila digelar kafir maka bermaksud bukan warganegara,” kata Firdaus Wong menerusi hantaran di Facebook di sini semalam.
KUALA LUMPUR —- Tiada sebarang tafsiran mahupun kamus mengatakan apabila mana-mana individu digelar kafir maka bermaksud seseorang itu bukan warganegara, kata pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung susulan isu panggilan kafir kepada orang bukan Islam yang tidak disenangi Ahli Dewan Negara dari MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker.
Firdaus Wong berkata, menurut undang-undang, seorang kafir atau bukan Muslim mahupun belum Muslim tetap rakyat Malaysia.
Beliau berkata penasihat undang-undangnya di Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM) turut mengatakan tiada perbezaan antara istilah ‘kafir’ dan bukan Muslim di sisi undang-undang.
““Secara peribadi, saya tidak akan merujuk diri saya sendiri atau mahu dirujuk sebagai “Kafir” kerana saya bukan kafir. Saya memiliki kepercayaan saya dan adalah warganegara di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan kita adalah undang-undang tertinggi negara,” kata bekas naib presiden MCA itu (Ti Lian Ker).
“Dalam petikan berita di Malaysiakini, Dato Sri mengatakan diri Dato Sri bukannya seorang kafir dan lalu Dato Sri mengatakan Dato Sri adalah warganegara mengikut Perlembagaan Persekutuan.
“Saya percaya Dato Sri terkeliru dan membuat andaian sendiri bahawa apabila digelar ‘kafir’ maka bukannya warganegara Malaysia. Saya tidak pasti dari mana Dato Sri dapat pemahaman begitu.
“Kafir (Bahasa Arab) = Bukan Muslim (Bahasa Melayu) = Non Muslim (English) = Infidel (English). Setakat ini saya tak pernah jumpa mana-mana tafsiran mahupun kamus mengatakan bila digelar kafir, maka bermaksud bukan warganegara,” kata Firdaus Wong menerusi hantaran di Facebook di sini semalam.
Firdaus Wong berkata beliau bersetuju dengan Lian Ker bahawa mana-mana individu jangan begitu mudah mengkafirkan pihak lawan hanya kerana perbezaan politik berikutan beliau juga tidak menyokong budaya kafir-mengkafirkan di dalam politik.
Bagaimanapun, katanya budaya taliban meng’taliban’kan musuh politik juga perlu dihentikan dan disokong Lian Ker sebagaimana senator MCA itu tidak bersetuju dengan kafir-mengkafirkan pihak lawan.
“Sebagaimana Dato Sri tidak setuju dengan budaya kafir-mengkafirkan kerana perbezaan politik, Dato Sri juga perlu setuju bahawa taliban meng’taliban’kan musuh politik juga perlu diberhentikan.
“Saya percaya Dato Sri masih ingat bagaimana sebanyak 138 kali parti Dato Sri iaitu MCA menyamakan kerjasama UMNO dan PAS suatu masa dahulu seperti Taliban. Bagaimana Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 juga menggunakan gelaran Taliban.
“Begitu juga Lim Guan Eng pernah mengatakan kerjasama UMNO dan PAS dahulu adalah deklarasi perang terhadap ‘Non Malays’ sebelum Malaysiakini mengubah tajuk itu? Adakah memberikan gelaran Taliban itu juga secara “condescending”, Dato Sri?,” katanya.
Firdaus Wong mempersoalkan sama ada MCA dan semua parti politik berupaya untuk menasihati penyokong mereka serta media supaya berhenti menggelarkan Muslim atau gerakan Islam sebagai Taliban.
Sebelum ini, Lian Ker dilaporkan kurang senang dengan perkataan kafir bagi merujuk golongan bukan Islam di negara ini kerana berpandangan perkataan itu digunakan berkali-kali dengan cara yang merendahkan dalam saat-saat keterlaluan atau untuk merasa diri lebih baik.
Menjawab itu, Firdaus Wong menerusi hantaran di Instagram kelmarin berkata kafir adalah dalam bahasa Arab dan bukan Muslim terjemahan maksud kafir kepada bahasa Melayu.
Lian Ker dilaporkan membalas respon itu dengan berkata perkataan “bukan Islam” dan “kafir” mempunyai perbezaan besar dari segi tanggapan politik dan implikasi perundangan. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Firdaus Wong Wai Hung
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas