Connect with us

Terkini

Tiada tafsiran mengatakan individu digelar kafir bermaksud bukan warganegara – Firdaus Wong

Tiada sebarang tafsiran mahupun kamus mengatakan apabila mana-mana individu digelar kafir maka bermaksud seseorang itu bukan warganegara, kata pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung susulan isu panggilan kafir kepada orang bukan Islam yang tidak disenangi Ahli Dewan Negara dari MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Tiada tafsiran mengatakan individu digelar kafir bermaksud bukan warganegara – Firdaus Wong
Foto: Ahli Dewan Negara dari MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker (kiri) & Pendakwah Bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Tiada sebarang tafsiran mahupun kamus mengatakan apabila mana-mana individu digelar kafir maka bermaksud seseorang itu bukan warganegara, kata pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung susulan isu panggilan kafir kepada orang bukan Islam yang tidak disenangi Ahli Dewan Negara dari MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker.
  • Firdaus Wong berkata, menurut undang-undang, seorang kafir atau bukan Muslim mahupun belum Muslim tetap rakyat Malaysia. 
  • Beliau berkata penasihat undang-undangnya di Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM) turut mengatakan tiada beza istilah ‘kafir’ dan bukan Muslim di sisi undang-undang.
  • “Saya percaya Dato Sri terkeliru dan membuat andaian sendiri bahawa apabila digelar ‘kafir’ maka bukannya warganegara Malaysia. Saya tidak pasti dari mana Dato Sri dapat pemahaman begitu.”
  • “Kafir (Bahasa Arab) = Bukan Muslim (Bahasa Melayu) = Non Muslim (English) = Infidel (English). Setakat ini saya tak pernah jumpa mana-mana tafsiran mahupun kamus mengatakan bila digelar kafir maka bermaksud bukan warganegara,” kata Firdaus Wong menerusi hantaran di Facebook di sini semalam.

KUALA LUMPUR —- Tiada sebarang tafsiran mahupun kamus mengatakan apabila mana-mana individu digelar kafir maka bermaksud seseorang itu bukan warganegara, kata pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung susulan isu panggilan kafir kepada orang bukan Islam yang tidak disenangi Ahli Dewan Negara dari MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker.

Firdaus Wong berkata, menurut undang-undang, seorang kafir atau bukan Muslim mahupun belum Muslim tetap rakyat Malaysia. 

Beliau berkata penasihat undang-undangnya di Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslims (MRM) turut mengatakan tiada perbezaan antara istilah ‘kafir’ dan bukan Muslim di sisi undang-undang.

“Secara peribadi, saya tidak akan merujuk diri saya sendiri atau mahu dirujuk sebagai “Kafir” kerana saya bukan kafir. Saya memiliki kepercayaan saya dan adalah warganegara di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan kita adalah undang-undang tertinggi negara,” kata bekas naib presiden MCA itu (Ti Lian Ker).

“Dalam petikan berita di Malaysiakini, Dato Sri mengatakan diri Dato Sri bukannya seorang kafir dan lalu Dato Sri mengatakan Dato Sri adalah warganegara mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Saya percaya Dato Sri terkeliru dan membuat andaian sendiri bahawa apabila digelar ‘kafir’ maka bukannya warganegara Malaysia. Saya tidak pasti dari mana Dato Sri dapat pemahaman begitu.

“Kafir (Bahasa Arab) = Bukan Muslim (Bahasa Melayu) = Non Muslim (English) = Infidel (English). Setakat ini saya tak pernah jumpa mana-mana tafsiran mahupun kamus mengatakan bila digelar kafir, maka bermaksud bukan warganegara,” kata Firdaus Wong menerusi hantaran di Facebook di sini semalam.

Firdaus Wong berkata beliau bersetuju dengan Lian Ker bahawa mana-mana individu jangan begitu mudah mengkafirkan pihak lawan hanya kerana perbezaan politik berikutan beliau juga tidak menyokong budaya kafir-mengkafirkan di dalam politik.

Bagaimanapun, katanya budaya taliban meng’taliban’kan musuh politik juga perlu dihentikan dan disokong Lian Ker sebagaimana senator MCA itu tidak bersetuju dengan kafir-mengkafirkan pihak lawan.

Sebagaimana Dato Sri tidak setuju dengan budaya kafir-mengkafirkan kerana perbezaan politik, Dato Sri juga perlu setuju bahawa taliban meng’taliban’kan musuh politik juga perlu diberhentikan.

“Saya percaya Dato Sri masih ingat bagaimana sebanyak 138 kali parti Dato Sri iaitu MCA menyamakan kerjasama UMNO dan PAS suatu masa dahulu seperti Taliban. Bagaimana Nga Kor Ming Super Fans Page 倪可敏超级粉丝俱乐部 juga menggunakan gelaran Taliban. 

“Begitu juga Lim Guan Eng pernah mengatakan kerjasama UMNO dan PAS dahulu adalah deklarasi perang terhadap ‘Non Malays’ sebelum Malaysiakini mengubah tajuk itu? Adakah memberikan gelaran Taliban itu juga secara “condescending”, Dato Sri?,” katanya.

Firdaus Wong mempersoalkan sama ada MCA dan semua parti politik berupaya untuk menasihati penyokong mereka serta media supaya berhenti menggelarkan Muslim atau gerakan Islam sebagai Taliban.

Sebelum ini, Lian Ker dilaporkan kurang senang dengan perkataan kafir bagi merujuk golongan bukan Islam di negara ini kerana berpandangan perkataan itu digunakan berkali-kali dengan cara yang merendahkan dalam saat-saat keterlaluan atau untuk merasa diri lebih baik.

Menjawab itu, Firdaus Wong menerusi hantaran di Instagram kelmarin berkata kafir adalah dalam bahasa Arab dan bukan Muslim terjemahan maksud kafir kepada bahasa Melayu.

Lian Ker dilaporkan membalas respon itu dengan berkata perkataan “bukan Islam” dan “kafir” mempunyai perbezaan besar dari segi tanggapan politik dan implikasi perundangan. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Firdaus Wong Wai Hung

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *