Connect with us

Antarabangsa

Sekatan penuh Israel di Gaza langgar Konvensyen Geneva 

Diplomat tertinggi Kesatuan Eropah (EU) berkata tindakan Israel mengenakan sekatan penuh dan meneruskan pengeboman di Genting Gaza sebagai melanggar Konvenysen Geneva.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sekatan penuh Israel di Gaza langgar Konvensyen Geneva 
Foto: Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell.
  • Diplomat tertinggi Kesatuan Eropah (EU) berkata tindakan Israel mengenakan sekatan penuh dan meneruskan pengeboman di Genting Gaza sebagai melanggar Konvenysen Geneva.
  • Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell turut menegaskan hak mempertahankan diri perlu dilakukan mengikut undang-undang antarabangsa bukannya menyerang kawasan penempatan awam secara membabi buta.
  • Rejim Zionis sebelum ini mempertahankan tindakannya membedil kawasan awam di Genting Gaza yang dikepung sebagai hak mempertahankan diri selepas Hamas melancarkan serangan mengejut digelar Operasi Taufan al-Aqsa pada Sabtu lalu.
  • Borrell berkata demikian semasa mesyuarat secara maya bersama Menteri Luar EU bagi membincangkan konflik Hamas-Israel.

BRUSSELS: Diplomat tertinggi Kesatuan Eropah (EU) berkata tindakan Israel mengenakan sekatan penuh dan meneruskan pengeboman di Genting Gaza sebagai melanggar Konvenysen Geneva.

Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell turut menegaskan bahawa hak mempertahankan diri perlu dilakukan mengikut undang-undang antarabangsa bukannya menyerang kawasan penempatan awam secara membabi buta.

Rejim Zionis sebelum ini mempertahankan tindakannya membedil kawasan awam di Genting Gaza yang dikepung sebagai hak mempertahankan diri selepas Hamas melancarkan serangan mengejut digelar Operasi Taufan al-Aqsa pada Sabtu lalu.

“Beberapa tindakan (oleh Israel) seperti memotong bekalan elektrik, air dan makanan ke atas orang awam adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

“Sebelum ini PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) juga telah menyatakan perkara sama bahawa beberapa tindakan Israel melanggar hak asasi manusia,” kata Borrell semasa mesyuarat secara maya bersama Menteri Luar EU bagi membincangkan konflik Hamas-Israel.

Tambahnya, hukuman menyeluruh ke atas semua warga Palestin tidak adil dan tidak mendatangkan apa-apa hasil.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *