Antarabangsa
Konflik Palestin-Israel: Majlis Keselamatan PBB gagal capai resolusi
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi gagal bertindak terhadap perang Palestin-Israel, dengan Russia dan China menggunakan kuasa veto terhadap resolusi Amerika Syarikat (AS), manakala usul diketuai Moscow pula tidak mendapat sokongan mencukupi.
- Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi gagal bertindak terhadap perang Palestin-Israel, dengan Russia dan China menggunakan kuasa veto terhadap resolusi Amerika Syarikat (AS), manakala usul diketuai Moscow pula tidak mendapat sokongan mencukupi.
- AS yang merupakan sekutu rapat Israel, menggunakan kuasa vetonya pada minggu lalu. Washington mengemukakan resolusi menyokong ‘jeda kemanusiaan’ untuk membenarkan bantuan masuk ke Semenanjung Gaza.
- Draf diketuai AS itu bagaimanapun tidak menggesa gencatan senjata sepenuhnya. Russia pula mengemukakan usul menuntut ‘gencatan senjata kemanusiaan segera, bertahan dan dihormati sepenuhnya’ serta ‘mengutuk semua keganasan dan permusuhan terhadap orang awam’.
- Sebanyak 10 negara menyokong resolusi AS tetapi Russia dan China menggunakan kuasa veto mereka untuk membatalkannya. Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang meningkatkan hubungan dengan Israel sejak 2020 turut menolak usul AS, manakala dua negara lain, Brazil dan Mozambique berkecuali.
BANDAR RAYA NEW YORK – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi gagal bertindak terhadap perang Palestin-Israel, dengan Russia dan China menggunakan kuasa veto terhadap resolusi Amerika Syarikat (AS), manakala usul diketuai Moscow pula tidak mendapat sokongan mencukupi.
AS yang merupakan sekutu rapat Israel, menggunakan kuasa vetonya pada minggu lalu. Washington mengemukakan resolusi menyokong ‘jeda kemanusiaan’ untuk membenarkan bantuan masuk ke Semenanjung Gaza.
Washington juga menyokong hak ‘semua negara’ untuk mempertahankan wilayahnya seperti termaktub dalam undang-undang antarabangsa.
Draf diketuai AS itu bagaimanapun tidak menggesa gencatan senjata sepenuhnya. Russia pula mengemukakan usul menuntut ‘gencatan senjata kemanusiaan segera, bertahan dan dihormati sepenuhnya’ serta ‘mengutuk semua keganasan dan permusuhan terhadap orang awam’.
Sebanyak 10 negara menyokong resolusi AS tetapi Russia dan China menggunakan kuasa veto mereka untuk membatalkannya. Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang meningkatkan hubungan dengan Israel sejak 2020 turut menolak usul AS, manakala dua negara lain, Brazil dan Mozambique berkecuali.
“Ia menjadi jelas bahawa AS tidak mahu keputusan Majlis Keselamatan PBB mempunyai apa-apa pengaruh terhadap kemungkinan serangan darat oleh Israel ke atas Gaza.
“Dokumen yang sangat dipolitikkan ini jelas mempunyai satu matlamat bukan untuk menyelamatkan orang awam tetapi menyokong kedudukan politik AS di rantau Asia Barat,” kata wakil Russia, Vassily Nebenzia.
Duta AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield menegaskan bahawa Washington telah menimbang maklum balas dari seluruh dunia sejak menggunakan kuasa vetonya.
Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, mempromosikan resolusi itu semasa sesi mesyuarat peringkat tinggi Majlis Keselamatan pada Selasa lalu dan bercakap mengenai sela kemanusiaan dan menolak gencatan senjata rasmi.
Sumber: Kosmo
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times