Terkini
Wakil rakyat Muslim digelar ‘pengganas’, ‘bapa ayam’ dalam sidang Parlimen India
Seorang penggubal undang-undang dari parti pemerintah India, Parti Bharatiya Janata (BJP) mengeluarkan kenyataan Islamofobia dan penghinaan terhadap seorang Ahli Parlimen Muslim ketika Parlimen bersidang.

- Seorang penggubal undang-undang dari parti pemerintah India, Parti Bharatiya Janata (BJP) mengeluarkan kenyataan Islamofobia dan penghinaan terhadap seorang Ahli Parlimen Muslim ketika Parlimen bersidang.
- Dalam sesi perbahasan Parlimen Khamis lalu, Ahli Parlimen BJP Ramesh Bidhuri menggelar Kunwar Danish Ali dari parti pembangkang Parti Bahujan Samaj (BSP) “pengganas” dan “bapa ayam”.
- “Kamu pengganas… Saya beritahu kamu, kamu (orang yang) berkhatan,” kata Ahli Parlimen Selatan Delhi itu dalam bahasa Hindi dipetik AlJazeera, mengungkapkan kata cemuhan yang biasa dilontarkan kepada orang Islam di India.
- Ali berkata jika seorang wakil rakyat yang dipilih boleh diancam di dalam Parlimen seperti apa berlaku pada dirinya, maka “ia memberi banyak maklumat berkenaan apa yang rata-rata Muslim di negara ini (India) bakal hadapi”.
NEW DELHI – Seorang penggubal undang-undang dari parti pemerintah India, Parti Bharatiya Janata (BJP) mengeluarkan kenyataan Islamofobia dan penghinaan terhadap seorang Ahli Parlimen Muslim ketika Parlimen bersidang.
Dalam sesi perbahasan Parlimen Khamis lalu, Ahli Parlimen BJP Ramesh Bidhuri menggelar Kunwar Danish Ali dari parti pembangkang Parti Bahujan Samaj (BSP) “pengganas” dan “bapa ayam”.
“Kamu pengganas… Saya beritahu kamu, kamu (orang yang) berkhatan,” kata Ahli Parlimen Selatan Delhi itu dalam bahasa Hindi dipetik Al Jazeera, mengungkapkan kata cemuhan yang biasa dilontarkan kepada orang Islam di India.
Bidhuri turut berkata; “Saya akan jumpa ‘Mullah’ ini di luar,” dalam ancamannya pada penghujung video yang tular itu, sambil dua pemimpin kanan BJP dan bekas menteri di sebelahnya ketawa.
Mullah juga antara perkataan yang digunakan bagi mencemuh orang Islam di Asia Selatan.
Abusing Muslims, OBCs an integral part of BJP culture – most now see nothing wrong with it. @narendramodi has reduced Indian Muslims to living in such a state of fear in their own land that they grin & bear everything.
Sorry but I’m calling this out. Ma Kali holds my spine. pic.twitter.com/3NAqi5FWPy
— Mahua Moitra (@MahuaMoitra) September 22, 2023
Kenyataan itu turut mencetuskan reaksi marah parti pembangkang dan pengguna media sosial yang menuntut supaya tindakan tegas dikenakan terhadap Bidhuri.
Ali memberitahu Al Jazeera bahawa dia kecewa dan sakit hati dengan kenyataan yang dilontarkan kepadanya itu, tetapi “tidak terkejut”.
“Saya ingin bertanya kepada Mohan Bhagwat dan Perdana Menteri (Narendra) Modi; Adakah ini yang RSS ajar kepada kadernya di sekolah mereka?,” kata Ali.
RSS merujuk kepada Rashtriya Swayamsevak Sangh atau Persatuan Sukarelawan Kebangsaan, mentor ideologi sayap kanan BJP yang memerintah dan bertujuan mewujudkan sebuah negara etnik Hindu di negara paling ramai penduduk di dunia itu.
Bhagwat yang mengetuai RSS, mempunyai berjuta-juta ahli seumur hidup di India dan di luar negara.
Ali berkata jika seorang wakil rakyat yang dipilih boleh diancam di dalam Parlimen seperti apa berlaku pada dirinya, maka “ia memberi banyak maklumat berkenaan apa yang rata-rata Muslim di negara ini (India) bakal hadapi”.
Sumber: Al Jazeera
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular