Terkini
Turun lihat sendiri, bukan duduk rumah sambil makan beras import – Akmal Saleh
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata adalah jauh lebih tidak berperikemanusiaan apabila rakyat Malaysia hanya mampu melihat warga asing membeli beras tempatan disubsidi kerajaan berbanding menghadkan pembelian beras terhadap kelompok itu.

- Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata adalah jauh lebih tidak berperikemanusiaan apabila rakyat Malaysia hanya mampu melihat warga asing membeli beras tempatan disubsidi kerajaan berbanding menghadkan pembelian beras terhadap kelompok itu.
- Akmal yang juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka berkata, sekiranya bekalan beras terbabit mencukupi dan berlebihan, tiada masalah untuk ia diberikan kepada sesiapa pun.
- “Bila beras dah cukup dan ada lebihan, bagi lah siapa nak beli, ini isu beras tempatan tak cukup ya dato.. Mohon dato ni pergi turun ke bawah dan lihat sendiri, bukan hanya duduk kat rumah sambil makan beras import,” kata Akmal menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
- Beliau mengulas kenyataan Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Seri Dr Jacob George yang dilaporkan berkata cadangan menghadkan pembelian beras tempatan hanya kepada rakyat Malaysia bukan sahaja tidak berperikemanusiaan kepada warga asing yang menetap di sini, malah ia tindakan jangka pendek yang hanya akan menyusahkan kerajaan.
KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata adalah jauh lebih tidak berperikemanusiaan apabila rakyat Malaysia hanya mampu melihat warga asing membeli beras tempatan disubsidi kerajaan berbanding menghadkan pembelian beras terhadap kelompok itu.
Akmal yang juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka berkata, sekiranya bekalan beras terbabit mencukupi dan berlebihan, tiada masalah untuk ia diberikan kepada sesiapa pun.
Katanya, negara kini berdepan krisis bekalan beras putih tempatan yang tidak cukup di pasaran.
“Langkah tidak berperikemanusiaan katanya?? Lagi tidak perikemanusiaan bila rakyat Malaysia hanya mampu tengok sahaja warga asing beli beras tempatan yang disubsidi oleh kerajaan
“Bila beras dah cukup dan ada lebihan, bagi lah siapa nak beli, ini isu beras tempatan tak cukup ya dato.. Mohon dato ni pergi turun ke bawah dan lihat sendiri, bukan hanya duduk kat rumah sambil makan beras import,” kata Akmal menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Seri Dr Jacob George yang dilaporkan berkata cadangan menghadkan pembelian beras tempatan hanya kepada rakyat Malaysia bukan sahaja tidak berperikemanusiaan kepada warga asing yang menetap di sini, malah ia tindakan jangka pendek yang hanya akan menyusahkan kerajaan.
Jacob berkata krisis beras melanda negara ketika ini adalah akibat kegagalan negara menjamin sekuriti makanan.
“Pertama, perlu tahu kenapa negara sedang berada dalam keadaan begini. Ini akibat daripada bertahun-tahun kita tak jaga sekuriti makanan, isu ini sudah lama ditinggalkan. Kedua, kita beri tanggungjawab ini kepada kroni atau orang yang memegang monopoli tertentu.
“Jadi bila timbul masalah, terutama sekatan tertentu dari negara pengeksport beras, terdedahlah dengan sendiri masalah yang kita sedang hadapi dan keluarlah cadangan tak masuk akal seperti sekat warga asing daripada beli beras tempatan,” katanya dipetik Berita Harian sebelum ini.
Terdahulu, media melaporkan Akmal menggesa kerajaan mengehadkan pembelian beras tempatan yang disubsidi kerajaan kepada rakyat Malaysia saja.
Cadangannya dikritik kumpulan pengguna yang berkata, ia tidak adil kepada warga asing kerana mereka turut menyumbang kepada ekonomi negara dengan membayar cukai pendapatan kepada kerajaan.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood dilaporkan menyifatkan cadangan itu sebagai tidak praktikal kerana peniaga perlu menentukan kerakyatan pelanggan. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Akmal Saleh
