Connect with us

Antarabangsa

Ibu dua anak dipenjarakan Israel kerana kutip dana untuk Palestin

Bilangan pejuang kemerdekaan wanita Palestin dipenjarakan rejim zionis Israel meningkat kepada 37 orang selepas Aya Khatib menyerah diri pada Isnin lalu untuk menjalani hukuman penjara empat tahun, demikian menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPS). 

Wartawan TMT

Published

on

Ibu dua anak dipenjarakan Israel kerana kutip dana untuk Palestin
Foto: Ibu kepada dua anak, Aya Khatib (tengah).
  • Bilangan pejuang kemerdekaan wanita Palestin dipenjarakan rejim zionis Israel meningkat kepada 37 orang selepas Aya Khatib menyerah diri pada Isnin lalu untuk menjalani hukuman penjara empat tahun, demikian menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPS). 
  • Aya Khatib, 34, ibu kepada dua anak, dari Arara, Israel, dipindahkan daripada menjalani tahanan rumah selama dua tahun kepada hukuman penjara empat tahun selepas Mahkamah Daerah Haifa mendapati wanita itu bersalah mengumpulkan dana yang didakwa “menyokong keganasan dan memberikan dana itu kepada Hamas”.
  • Peguam wanita Palestin itu, Badr Ighbaria berkata tuduhan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Aya sambil menegaskan dana dikumpulkannya melalui Facebook itu adalah untuk membantu penduduk di Gaza dan Tebing Barat mendapatkan rawatan perubatan di hospital Israel dan menyambung pengajian mereka.
  • Mahkamah Haifa, Israel, pada 15 Ogos lalu memutuskan untuk menghukum wanita Palestin itu empat tahun penjara, keputusan yang dianggap sebagai tidak adil untuk dirinya. 

RAMALLAH – Bilangan pejuang kemerdekaan wanita Palestin dipenjarakan rejim zionis Israel meningkat kepada 37 orang selepas Aya Khatib menyerah diri pada Isnin lalu untuk menjalani hukuman penjara empat tahun, demikian menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPS). 

Aya Khatib, 34, ibu kepada dua anak, dari Arara, Israel, dipindahkan daripada menjalani tahanan rumah selama dua tahun kepada hukuman penjara empat tahun selepas Mahkamah Daerah Haifa mendapati wanita itu bersalah mengumpulkan dana yang didakwa “menyokong keganasan dan memberikan dana itu kepada Hamas”.

Peguam wanita Palestin itu, Badr Ighbaria berkata tuduhan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Aya sambil menegaskan dana dikumpulkannya melalui Facebook itu adalah untuk membantu penduduk di Gaza dan Tebing Barat mendapatkan rawatan perubatan di hospital Israel dan menyambung pengajian mereka.

Portal Wafa melaporkan Aya ditahan pada Februari 2020, dibicarakan sejak itu dan sebenarnya telah menjalani setahun empat bulan hukuman di Penjara Damon kerana kerja amalnya, sebelum dia dihantar menjalani tahanan rumah di Kampung Basma Tiboun dan kemudian ke Kampung Zulfa sebelum meneruskan tahanan rumah di kampungnya di Arara. 

Mahkamah Haifa, Israel, pada 15 Ogos lalu memutuskan untuk menghukum wanita Palestin itu empat tahun penjara, keputusan yang dianggap sebagai tidak adil untuk dirinya. 

Sumber: Wafa

Author

Antarabangsa

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam

Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
  • Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
  • Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
  • “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
  • “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.

Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.

Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.

Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.

Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.

Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.

Advertisement

“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.

“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.

Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.

Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending