Connect with us

Antarabangsa

Bimbang kesan ke atas kanak-kanak, Kyrgyzstan pula haramkan TikTok

Kementerian Kebudayaan, Maklumat, Sukan dan Dasar Belia Kyrgyzstan berkata TikTok tidak mempunyai mekanisme kawalan mencukupi bagi perlindungan kanak-kanak dan pengesahan umur pengguna, menyebabkan kelompok itu berpotensi mengakses kandungan berbahaya.

Wartawan TMT

Published

on

Bimbang kesan ke atas kanak-kanak Kyrgyzstan pula haramkan TikTok
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Kebudayaan, Maklumat, Sukan dan Dasar Belia Kyrgyzstan berkata TikTok tidak mempunyai mekanisme kawalan mencukupi bagi perlindungan kanak-kanak dan pengesahan umur pengguna, menyebabkan kelompok itu berpotensi mengakses kandungan berbahaya.
  • Dalam pengumuman yang dibuat pada 30 Ogos lalu, Kementerian Kebudayaan, Penerangan, Sukan dan Dasar Belia itu melahirkan kebimbangan mengenai platform popular itu. 
  • Berikutan penilaian menyeluruh, kementerian terbabit memutuskan platform itu tidak mempunyai kawalan pengguna yang teguh untuk melindungi kanak-kanak daripada mengakses kandungan yang berbahaya. 
  • Tambahan pula, ia menyerlahkan ketiadaan mekanisme pengesahan umur yang berkesan untuk pengguna.
  • Australia baru-baru ini menyertai barisan negara yang melarang kehadiran TikTok pada peranti kerajaan persekutuan. 
  • Amerika Syarikat, Kanada, Britain dan New Zealand melakukan tindakan serupa terhadap TikTok dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Kementerian Kebudayaan, Maklumat, Sukan dan Dasar Belia Kyrgyzstan berkata TikTok tidak mempunyai mekanisme kawalan mencukupi bagi perlindungan kanak-kanak dan pengesahan umur pengguna, menyebabkan kelompok itu berpotensi mengakses kandungan berbahaya.

Dalam pengumuman yang dibuat pada 30 Ogos lalu, Kementerian Kebudayaan, Penerangan, Sukan dan Dasar Belia itu melahirkan kebimbangan mengenai platform popular itu. 

Berikutan penilaian menyeluruh, kementerian terbabit memutuskan platform itu tidak mempunyai kawalan pengguna yang teguh untuk melindungi kanak-kanak daripada mengakses kandungan yang berbahaya. 

Tambahan pula, ia menyerlahkan ketiadaan mekanisme pengesahan umur yang berkesan untuk pengguna.

Tinjauan kementerian itu juga menekankan alam maya TikTok yang menawan dengan klip video ringkas telah mendorong beberapa individu meniru kandungan berbahaya selepas pendedahan kepada platform itu. 

Sifat kandungan yang menawan, namun berpotensi berbahaya itu mempamerkan kesan buruk terhadap kesejahteraan emosi generasi muda.

Sebagai sebahagian daripada trend yang dilihat secara global, TikTok telah menghadapi had dan larangan yang semakin meningkat. 

Australia baru-baru ini menyertai barisan negara yang melarang kehadiran TikTok pada peranti kerajaan persekutuan. 

Amerika Syarikat, Kanada, Britain dan New Zealand melakukan tindakan serupa terhadap TikTok dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Sebagai reaksi kepada dakwaan pengumpulan data pengguna yang berlebihan, TikTok menyangkal dakwaan itu dengan menegaskan amalannya tidak lebih mengganggu berbanding platform media sosial lain. 

TikTok dengan keras melabelkan larangan ini sebagai “maklumat yang salah” dan mengkritik kekurangan pertimbangan dan bukti yang menyeluruh di sebaliknya. 

Walaupun TikTok dimiliki syarikat teknologi China, Bytedance, ia menegaskan kebebasan operasinya dan menolak perkongsian data dengan kerajaan China. 

Terutama ketika platform itu sedang giat meneruskan projek untuk menyimpan data pengguna AS di Texas, meletakkannya di luar jangkauan bidang kuasa China.

Sumber: s2jnews

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Pengawal penjara Israel masukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur warga Palestin sebelum mengaktifkannya – Peguam

Pengawal penjara rejim zionis Israel telah memasukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur seorang warga Palestin yang ditahan sebelum mengaktifkan alat pemadam api itu.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Peguam Palestin, Khaled Mhajne.

Pengawal penjara rejim zionis Israel telah memasukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur seorang warga Palestin yang ditahan sebelum mengaktifkan alat pemadam api itu.

Itu pendedahan Peguam Palestin, Khaled Mhajne mengenai seksaan dilalui tahanan di penjara Israel selepas beliau melawat dua rakyat Palestin yang diculik Israel dari Gaza.

Quds News Network melaporkan tawanan Palestin dalam tahanan Israel berdepan pelbagai bentuk penderaan, termasuk rogol, di tangan tentera Israel di hadapan semua orang, kata Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin pada Isnin.

Dalam sidang akhbar diadakan suruhanjaya itu di Ramallah, Khaled Mhajne yang juga peguam suruhanjaya berkenaan, melaporkan perbualannya dengan wartawan Gaza Al-Araby TV, Mohammed Arab, yang diculik tentera Israel semasa serbuan ke atas Hospital al-Shifa pada 18 Mac lalu.

“Mohammed Arab, wartawan TV Al-Araby, memaklumkan kepada saya tentang kes rogol banduan, termasuk penyeksaan yang dilakukan di hadapan semua orang,” kata Mhajne.

Dalam temu bual dengan TV Al-Araby, Mhajne menceritakan kes Mohammed memaklumkan kepadanya membabitkan seorang tahanan berusia 27 tahun yang dirogol, dipaksa tidur meniarap, diserang anjing polis “dan kemudian dirogol menggunakan alat pemadam api dengan tiubnya dimasukkan ke dalam duburnya”.

Alat pemadam api itu kemudiannya diaktifkan untuk melepaskan bahan kimia ke dalam badan lelaki malang itu, kata Mhajne.

Mohammed turut melaporkan mengenai seorang tahanan yang baru-baru ini meninggal dunia disebabkan tidak mendapat rawatan perubatan mencukupi.

Mhajne berkata adalah mustahil untuk mengetahui berapa ramai rakyat Palestin dari Gaza telah mati dalam tahanan kerana maklumat itu disembunyikan rejim Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending