Terkini
Betulkan kekeliruan masyarakat tentang Akta Hasutan – Musa Hassan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memohon pihak kerajaan melalui Menteri Undang-undang segera memperbetulkan kekeliruan masyarakat berkaitan pemakaian Akta Hasutan 1948.

- Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memohon pihak kerajaan melalui Menteri Undang-undang segera memperbetulkan kekeliruan masyarakat berkaitan pemakaian Akta Hasutan 1948.
- Katanya, naskhah Akta Hasutan 1948 terbitan International Law Book Services (ILBS) bagi keluaran sehingga 25 April 2022 yang diperoleh di kedai buku tidak mengandungi pindaan Akta Hasutan 1948 (pindaan 2015) (Akta A1485).
- Ketika isu 3R (Raja, agama dan kaum) ini kembali hangat di era pemerintahan Kerajaan Perpaduan, beliau mendapatkan kembali naskah akta hasutan itu, katanya.
- “Namun amat mengejutkan apabila naskhah Akta Hasutan 1948 yang saya dapatkan atas tidak mengandungi pindaan Akta Hasutan 1948 (pindaan 2015) (Akta A1485).
- “Saya percaya Akta Hasutan 1948 (Pindaan 2015) berkenaan mendapat perkenan di Raja pada 28 Mei 2015 dan disiarkan di dalam Warta pada 4 Jun 2015,” katanya dalam kenyataan, di sini.
Kuala Lumpur: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memohon pihak kerajaan melalui Menteri Undang-undang segera memperbetulkan kekeliruan masyarakat berkaitan pemakaian Akta Hasutan 1948.
Ini kerana, katanya, naskhah Akta Hasutan 1948 terbitan International Law Book Services (ILBS) bagi keluaran sehingga 25 April 2022 yang diperoleh di kedai buku tidak mengandungi pindaan Akta Hasutan 1948 (pindaan 2015) (Akta A1485).
Beliau berkata, ketika isu 3R (Raja, agama dan kaum) ini kembali hangat di era pemerintahan Kerajaan Perpaduan, beliau mendapatkan kembali naskah akta hasutan itu.
“Namun amat mengejutkan apabila naskhah Akta Hasutan 1948 yang saya dapatkan atas tidak mengandungi pindaan Akta Hasutan 1948 (pindaan 2015) (Akta A1485).
“Saya percaya Akta Hasutan 1948 (Pindaan 2015) berkenaan mendapat perkenan di Raja pada 28 Mei 2015 dan disiarkan di dalam Warta pada 4 Jun 2015,” katanya dalam kenyataan, di sini.
Katanya, ini bermakna akta pindaan berkenaan sudah sempurna untuk dikuatkuasakan bermula daripada tarikh warta.
“Namun apabila saya mendapati salinan buku Akta Hasutan 1948 (hingga 25 April 2022) tidak mengandungi Akta pindaan 2015 berkenaan, timbul persoalan sama ada siasatan polis berkaitan isu 3R sekarang yang menggunakan Akta Hasutan 1948 masih menggunakan Akta lama (sebelum pindaan) atau Akta baru yang dipinda pada 2015?
“Contohnya sebelum pindaan 2015, adalah kesalahan berkecenderungan menghasut mengikut Seksyen 3(1)(a) untuk menghasut membenci kerajaan.
“Mengikut Seksyen 3(1)(c) Akta Hasutan, adalah kesalahan menghasut jika mendatangkan kebencian terhadap pentadbiran sistem keadilan di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, selepas pindaan 2015, kedua-dua seksyen berkenaan dimansuhkan.
“Jadi saya hairan mengapa akta sepenting ini yang diterbitkan oleh ILBS dan dijual kepada orang ramai masih tidak mengadaptasi pindaan 2015 yang dibuat.
“Saya memohon pihak Kerajaan Malaysia melalui Menteri Undang-undang segera memperbetulkan kekeliruan masyarakat berkaitan pemakaian Akta Hasutan 1948 ini,” katanya.
Katanya, beliau bersetuju dalam kemajmukan rakyat Malaysia, isu berkaitan Raja-raja, agama dan kaum tidak boleh sewenangnya diucapkan dalam nada yang boleh menggugat keamanan hubungan antara kaum.
“Ketika saya berkhidmat dalam pasukan polis, isu ini tetap menjadi antara keutamaan pihak polis untuk dikawal supaya tidak merebak menjadi masalah yang boleh menggugat keselamatan negara,” katanya.
Menurutnya, sekitar 2014, beliau adalah antara individu yang menentang hasrat beberapa pihak ketika itu yang mendesak kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948.
“Saya merasakan Akta Hasutan 1948 masih relevan untuk mengawal ucapan yang berkecenderungan menghasut termasuk isu 3R berkenaan.
“Alhamdulillah, pada 2015, Kerajaan Malaysia tidak tunduk dengan desakan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 tetapi pihak kerajaan meminda Akta Hasutan 1948 terbabit dengan beberapa pindaan dengan tujuan menambahbaik elemen kawalan dalam Akta Hasutan 1948 sesuai dengan situasi semasa,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa2 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas