Connect with us

Terkini

Zahid letak jawatan tidak cukup untuk selamatkan UMNO  – Pakar

UMNO perlu melalui pembaharuan jangka panjang untuk pulih daripada prestasi buruk dalam PRN enam negeri Sabtu lalu, kata penganalisis politik.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Zahid letak jawatan tidak cukup untuk selamatkan UMNO  - Pakar
Foto: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • UMNO perlu melalui pembaharuan jangka panjang untuk pulih daripada prestasi buruk dalam PRN enam negeri Sabtu lalu, kata penganalisis politik.
  • Jeniri Amir, Felo Kanan Majlis Profesor Negara berkata, peletakan jawatan Zahid Hamidi sebagai presiden UMNO saja tidak cukup untuk parti meraih semula sokongan Melayu, atau mengubah imejnya dalam sekelip mata.
  • “Banyak lagi perlu dilakukan selain peletakan jawatan Zahid, mungkin lima ahli paling kanan Majlis Kerja Tertinggi perlu ditukar juga,” katanya.
  • “Mereka mengutuk DAP lebih lima dekad, tetapi kini bekerjasama dengan DAP, jadi bagaimana mahu mewajarkannya?” katanya dengan menambah prestasi buruk UMNO dalam PRN menggambarkan kekecewaan ahli parti.

PETALING JAYA: UMNO perlu melalui pembaharuan jangka panjang untuk pulih daripada prestasi buruk dalam PRN enam negeri Sabtu lalu, kata penganalisis politik.

Jeniri Amir, Felo Kanan Majlis Profesor Negara berkata, peletakan jawatan Zahid Hamidi sebagai presiden UMNO saja tidak cukup untuk parti itu meraih semula sokongan Melayu, atau mengubah imejnya dalam sekelip mata.

Ramai termasuk veteran parti, Idris Jusoh mendesak Zahid segera meletak jawatan susulan kegagalan ramai calon UMNO dalam PRN minggu lalu.

Bagaimanapun, Jeniri percaya perubahan kepimpinan tertinggi UMNO saja tidak cukup untuk memulihkan keadaan bagi parti itu.

“Banyak lagi perlu dilakukan selain peletakan jawatan Zahid, mungkin lima ahli paling kanan Majlis Kerja Tertinggi perlu ditukar juga,” katanya kepada FMT.

Parti itu juga memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk membaiki imejnya, katanya.

Beliau berkata, Zahid melanggar janjinya, iaitu “No Anwar, No DAP” apabila memimpin Barisan Nasional (BN) menyertai Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH), yang menjejaskan imej parti itu.

Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO 2021 menolak kemungkinan UMNO dan BN bekerjasama dengan PH atau BERSATU.

Jeniri berkata, hubungan kerja baharu UMNO dan DAP juga menyebabkan akar umbi semakin berjauh hati.

“Mereka mengutuk DAP lebih lima dekad, tetapi kini bekerjasama dengan DAP, jadi bagaimana mahu mewajarkannya?” katanya dengan menambah prestasi buruk UMNO dalam PRN menggambarkan kekecewaan ahli parti.

UMNO mengalami kekalahan teruk dalam PRN minggu lalu kerana hanya menang 19 daripada 108 kerusi DUN ditandinginya.

Bagaimanapun, Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia percaya peletakan jawatan Zahid mampu menjadi langkah pertama yang baik ke arah pembaharuan UMNO.

“Sama seperti ketika Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan (susulan prestasi teruk pada 1999) dan digantikan Abdullah Ahmad Badawi yang terkenal sebagai ‘Mr Clean’,” katanya kepada FMT.

BN bangkit dan menang lebih 90% kerusi dalam PRU 2004 susulan pertukaran kepimpinan itu, katanya.

Di bawah pimpinan Abdullah, UMNO menang 109 daripada 219 kerusi dalam PRU11 (dengan 198 kerusi dimenangi BN secara keseluruhannya), yang menjadi kemuncak kekuatan parti itu dalam politik kebangsaan.

Sumber: Free Malaysia Today

Author