Terkini
Terengganu: Dewan legislatif tidak boleh dibiar tanpa pembangkang – Penganalisis
Keputusan Pilihan Raya Negeri yang baru berlalu menyaksikan Terengganu, buat pertama kali dalam sejarah tidak mempunyai pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memainkan peranan semak dan imbang.

- Keputusan Pilihan Raya Negeri yang baru berlalu menyaksikan Terengganu, buat pertama kali dalam sejarah tidak mempunyai pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memainkan peranan semak dan imbang.
- Keadaan itu menimbulkan polemik apabila ramai mempersoalkan siapa yang akan ‘menegur’ kepincangan pentadbiran kerajaan negeri khususnya ketika DUN bersidang berikutan kesemua wakil rakyat di dalam dewan adalah dari blok parti sama dengan kepimpinan kerajaan negeri.
- Pensyarah Program Pengajian Polisi, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada blok yang sama tanpa pembangkang, bukanlah sesuatu yang ‘sihat’ kerana tidak akan wujud proses semak dan imbang secara efektif.
- Mohd Yusri berkata lantikan beberapa ADUN termasuk daripada parti lawan tidak akan memberi kesan kepada kekuatan blok kerajaan negeri, kerana dominasinya telah ada, cuma ‘bahtera’ DUN itu tidak boleh dibiarkan ‘belayar’ tanpa ada lain-lain pihak selain parti memerintah.
- Melontarkan pandangan serupa, Penganalisis politik Dr Mohammad Tawfik Yaakub berpendapat ADUN lantikan bukan sahaja mampu membawa isu rakyat dan menegur kekhilafan dalam pentadbiran kerajaan negeri, malah berupaya ‘menyegarkan’ amalan demokrasi.
KUALA TERENGGANU — Keputusan Pilihan Raya Negeri yang baru berlalu menyaksikan Terengganu, buat pertama kali dalam sejarah tidak mempunyai pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memainkan peranan semak dan imbang.
Keadaan itu menimbulkan polemik apabila ramai yang mempersoalkan siapa yang akan ‘menegur’ kepincangan pentadbiran kerajaan negeri khususnya ketika DUN bersidang berikutan kesemua wakil rakyat di dalam dewan adalah dari blok parti yang sama dengan kepimpinan kerajaan negeri.
Pensyarah Program Pengajian Polisi, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada blok yang sama tanpa pembangkang, bukanlah sesuatu yang ‘sihat’ kerana tidak akan wujud proses semak dan imbang secara efektif.
“Di dewan legislatif (DUN) sangat penting untuk ada pembangkang yang kritikal. Walaupun peranan semak dan imbang itu boleh dimainkan oleh backbencher (penyokong kerajaan), tapi fungsinya tidak akan sama dengan pembangkang yang konstruktif.
“Saya secara peribadi tidak berminat dengan politik monopoli…tapi yang menentukan terjadinya monopoli ini ialah rakyat yang telah memberi mandat penuh kepada parti dan secara tidak langsung membentuk monopoli dalam kerajaan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Bagi mengimbangi situasi itu, beliau berpandangan ADUN secara lantikan tanpa melalui proses pilihan raya boleh dilantik supaya semak dan imbang boleh berlaku dengan lebih berkesan terutama semasa persidangan DUN.
Mohd Yusri berkata lantikan beberapa ADUN termasuk daripada parti lawan tidak akan memberi kesan kepada kekuatan blok kerajaan negeri, kerana dominasinya telah ada, cuma ‘bahtera’ DUN itu tidak boleh dibiarkan ‘belayar’ tanpa ada lain-lain pihak selain parti memerintah.
Melontarkan pandangan serupa, Penganalisis politik Dr Mohammad Tawfik Yaakub yang berpendapat ADUN lantikan bukan sahaja mampu membawa isu rakyat dan menegur kekhilafan dalam pentadbiran kerajaan negeri, malah ia berupaya ‘menyegarkan’ amalan demokrasi.
“ADUN lantikan ini boleh dilantik sama ada individu yang aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO), aktivis alam sekitar dan sebagainya dan saya percaya ia memberi persepsi lebih positif berbanding lantik orang daripada parti politik yang sama,” katanya.
Sebelum ini sidang DUN Terengganu pada November 2018, buat pertama kalinya pernah melantik seorang wanita Zuraida Md Noor sebagai ADUN tanpa perlu melalui proses pilihan raya, mengikut peruntukan undang-undang tubuh kerajaan Terengganu.
Sementara itu, Yang Dipertua DUN Terengganu Datuk Yahaya Ali memberitahu lantikan ADUN tanpa melalui proses pilihan raya memang boleh dibuat mengikut undang-undang tubuh kerajaan dan perlembagaan negeri.
“Ya, ADUN boleh dilantik (berdasarkan syarat-syarat tertentu) tapi tidak melebihi empat orang,” katanya.
Ditanya bagaimana proses itu boleh dilaksanakan dan adakah mereka boleh dilantik dalam kalangan aktivis, NGO atau mana-mana pihak, beliau berkata perkara itu perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Perlembagaan negeri untuk perincian yang lebih jelas.
Pada PRN Sabtu lepas, Perikatan Nasional (PN) mencipta sejarah apabila menyapu bersih semua 32 kerusi DUN Terengganu, yang dimenangi 27 calon PAS dan lima calon Bersatu, sekali gus menjadikan DUN Terengganu buat pertama kali tanpa pembangkang sejak kemerdekaan. – BERNAMA
Sumber: Bernama
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS