Connect with us

Terkini

Status pinjaman Kerajaan Melaka tidak boleh ditukar kepada geran

Status pinjaman Kerajaan Melaka tidak boleh ditukar kepada bentuk geran kerana keadaan ekonomi negara perlu distabilkan ketika ini, kata Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.

Wartawan TMT

Published

on

Status pinjaman Kerajaan Melaka tidak boleh ditukar kepada geran
Foto: Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang (kiri).
  • Status pinjaman Kerajaan Melaka tidak boleh ditukar kepada bentuk geran kerana keadaan ekonomi negara perlu distabilkan ketika ini, kata Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.
  • Beliau berkata, pihaknya mengakui tanggungjawab memberi pinjaman terletak di bawah Kerajaan Persekutuan untuk memastikan kemajuan dan pembangunan dilaksanakan di negeri berkenaan.
  • “Bagaimanapun, pada masa ini ia tidak boleh dilakukan kerana kita sedang menstabilkan kedudukan ekonomi negara,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Pelancaran Bulan Kebangsaan serta Kibar Jalur Gemilang di sini, hari ini.
  • Semalam, media melaporkan, Kerajaan Melaka memohon Kerajaan Persekutuan dapat menimbang semula permohonannya bagi menukar status pinjaman berjumlah RM633.31 juta kepada bentuk geran, memandangkan kebanyakan pinjaman itu dibuat bagi tujuan keperluan asas, kebajikan dan sosial rakyat.

PUTRAJAYA: Status pinjaman Kerajaan Melaka tidak boleh ditukar kepada bentuk geran kerana keadaan ekonomi negara perlu distabilkan ketika ini, kata Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.

Beliau berkata, pihaknya mengakui tanggungjawab memberi pinjaman terletak di bawah Kerajaan Persekutuan untuk memastikan kemajuan dan pembangunan dilaksanakan di negeri berkenaan.

“Usaha untuk menukar status pinjaman kepada geran yang dilakukan Kerajaan Melaka adalah sesuatu yang baik, namun ia perlu mendapat komitmen daripada Kerajaan Persekutuan terlebih dulu.

“Bagaimanapun, pada masa ini ia tidak boleh dilakukan kerana kita sedang menstabilkan kedudukan ekonomi negara,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Pelancaran Bulan Kebangsaan serta Kibar Jalur Gemilang di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan, Kerajaan Melaka memohon Kerajaan Persekutuan dapat menimbang semula permohonannya bagi menukar status pinjaman berjumlah RM633.31 juta kepada bentuk geran, memandangkan kebanyakan pinjaman itu dibuat bagi tujuan keperluan asas, kebajikan dan sosial rakyat.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pinjaman dengan Kerajaan Persekutuan itu dibuat sebagai sumber peruntukan oleh kerajaan negeri bagi tujuan berkenaan, yang dimeterai sejak 1970-an hingga 2015.

Rubiah berkata, ketika ini KKDW meletakkan kepentingan peningkatan daya saing ekonomi negara tanpa mengetepikan kehidupan dan kesejahteraan rakyat terutama di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, bagi mencapai hasrat itu antara inisiatif dilaksanakan kementerian termasuk menoktahkan kemiskinan tegar pada tahun ini melalui Program Peningkatan Pendapatan (PPP) yang menyasarkan 1,200 peserta dengan peruntukkan RM12 juta bagi membolehkan peserta meningkatkan pendapatan sebanyak 30 peratus berbanding pendapatan asal.

Katanya, inisiatif lain adalah mengadakan Program Latihan dan Kemahiran Kerjaya (PLKK) yang menyasarkan 1,900 peserta dengan peruntukkan RM10 juta yang mana peserta tamat latihan di bawah program ini mendapat pekerjaan atau menjalankan aktiviti ekonomi sendiri.

“Selain itu, Program Desa Lestari yang menyasarkan pembabitan 10 koperasi kampung dengan peruntukan RM12.1 juta dan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) menyasarkan 700 peserta dengan peruntukan RM23.8 juta yang dapat menjana pendapatan serta mewujudkan banyak peluang pekerjaan selepas setahun pelaksanaan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending