Connect with us

Terkini

PRN: Ahmad Zahid ingatkan ahli UMNO jangan sabotaj parti

Ahli-ahli UMNO diingatkan supaya tidak melakukan sabotaj terhadap parti ketika menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri ketika ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PRN: Ahmad Zahid ingatkan ahli UMNO jangan sabotaj parti
Foto: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berucap di Program Santai Bersama Rakyat.
  • Ahli-ahli UMNO diingatkan supaya tidak melakukan sabotaj terhadap parti ketika menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri ketika ini.
  • Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, sekiranya terdapat laporan berlakunya unsur sabotaj tersebut, tindakan tegas pasti akan diambil terhadap ahli parti yang terlibat.
  • Bagaimanapun, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu memberitahu, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai perkara tersebut.
  • “Jika ada laporan itu dan kita tidak perlu panggil pun untuk siasatan, jika ada bukti yang nyata di media sosial, rakaman video atau audio kami akan ambil tindakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Santai Bersama Rakyat di Pantai di sini semalam.

SEREMBAN: Ahli-ahli UMNO diingatkan supaya tidak melakukan sabotaj terhadap parti ketika menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri ketika ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, sekiranya terdapat laporan berlakunya unsur sabotaj tersebut, tindakan tegas pasti akan diambil terhadap ahli parti yang terlibat.

Bagaimanapun, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu memberitahu, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai perkara tersebut.

“Setakat ini tidak ada laporan rasmi yang diterima oleh Lembaga Disiplin parti dan sampai kepada diri saya sendiri.

“Saya cuma beri amaran jika ada sabotaj dari dalam parti dan garis panduan yang ada dalam Lembaga Disiplin itu pasti akan sampai kepada mereka.

“Jika ada laporan itu dan kita tidak perlu panggil pun untuk siasatan, jika ada bukti yang nyata di media sosial, rakaman video atau audio kami akan ambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Santai Bersama Rakyat di Pantai di sini malam tadi.

Turut hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Dr. Jalaluddin Alias dan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Mohd. Asna Amin.

Menegaskan lagi, Ahmad Zahid memberitahu, waktu untuk ahli-ahli UMNO untuk dikaitkan menjadi duri dalam daging sudah berlalu.

“Ini masa terbaik untuk kita susun malah gerakkan jentera pilihan raya dan gamit sokongan bukan sahaja ahli-ahli yang tegar tetapi juga menyantuni rakan-rakan dalam parti-parti Pakatan Harapan (PH) demi semangat Kerajaan Perpaduan.

“Pada masa yang sama kita mesti menyantuni dan menggamit dukungan pengundi-pengundi yang bukan menjadi ahli mana-mana parti, ini usaha yang mesti dilakukan,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri turut mengingatkan pembangkang supaya tidak bersikap pilih kasih dalam mengulas isu dakwaan rasuah dalam proses PRN yang berlangsung ketika ini.

“Saya mempunyai garis panduan sendiri dan ia berdasarkan Akta SPR, jangan menggunakan perkara yang demikian untuk kata kononnya ini rasuah.

“Tetapi memberi wang dengan baiah, angkat sumpah mesti undi parti itu, tidak pula rasuah jadi jangan double standard dalam perkara ini,” tambah Ahmad Zahid.

Baru-baru ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki  memaklumkan pemberian geran yang diumumkan Ahmad Zahid dalam satu program di Dungun, Terengganu adalah tidak menyalahi undang-undang atau berunsur rasuah dan menjelaskan ia merupakan satu inisiatif daripada kerajaan.

Sumber: Utusan Malaysia

Author