Antarabangsa
Pelampau Hindu bakar dan serang masjid di India, imam ditembak mati
Sekumpulan perusuh sayap kanan Hindu bertindak membakar dan melepaskan tembakan ke arah sebuah masjid di Gurugram, Haryana, India sehingga menyebabkan seorang imam terbunuh.

- Sekumpulan perusuh sayap kanan Hindu bertindak membakar dan melepaskan tembakan ke arah sebuah masjid di Gurugram, Haryana, India sehingga menyebabkan seorang imam terbunuh.
- Polis mengenal pasti mangsa sebagai Maulana Saad, 19, yang juga imam Masjid Anjuman Jama yang terletak di Sektor 57, Gurugram, sebuah daerah dengan 1.2 juta penduduk.
- Insiden keganasan itu berlaku ketika kumpulan haluan kanan Hindu yang bersekutu dengan parti pemerintah Parti Bharatiya Janata (BJP) yang berkempen menentang solat Jumaat di Gurugram.
- “Sekumpulan 50 hingga 60 penjenayah melepaskan tembakan dan membakar (kawasan) Anjum awal pagi Selasa yang membawa kepada satu kematian dan mencederakan seorang yang lain,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Nitish Agarwal.
- Serangan ke atas masjid itu bermula pagi Selasa iaitu sehari selepas insiden keganasan berlaku di bandar Nuh di selatan negeri Haryana.
Sekumpulan perusuh sayap kanan Hindu bertindak membakar dan melepaskan tembakan ke arah sebuah masjid di Gurugram, Haryana, India sehingga menyebabkan seorang imam terbunuh.
Polis mengenal pasti mangsa sebagai Maulana Saad, 19, yang juga imam Masjid Anjuman Jama yang terletak di Sektor 57, Gurugram, sebuah daerah dengan 1.2 juta penduduk.
Insiden keganasan itu berlaku ketika kumpulan haluan kanan Hindu yang bersekutu dengan parti pemerintah Parti Bharatiya Janata (BJP) yang berkempen menentang solat Jumaat di Gurugram.
Masjid Anjuman yang terletak di Gurugram itu merupakan salah satu daripada beberapa masjid diiktiraf secara rasmi untuk mengadakan solat.
“Sekumpulan 50 hingga 60 penjenayah melepaskan tembakan dan membakar (kawasan) Anjum awal pagi Selasa yang membawa kepada satu kematian dan mencederakan seorang yang lain,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Nitish Agarwal kepada pemberita dipetik al-Jazeera.
Agawal berkata polis menahan beberapa suspek dan mendaftarkan laporan polis (FIR) sebelum melancarkan siasatan ke atas insiden itu.
Serangan ke atas masjid itu bermula pagi Selasa iaitu sehari selepas insiden keganasan berlaku di bandar Nuh di utara negeri Haryana.
Pertempuran ganas antara masyarakat Hindu dan Muslim yang berlaku di Nuh itu menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan perintah berkurung untuk mengawal keadaan.
Sumber: Deccan Herald, Al Jazeera, NDTV
