Terkini
Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi hanya untuk pelajar Islam – KPM
Program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan dilaksanakan membabitkan guru dan murid beragama Islam di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.
- Program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan dilaksanakan membabitkan guru dan murid beragama Islam di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan tadi berkata, pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi itu disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam sahaja.
- KPM memaklumkan pelaksanaan modul itu bertujuan memupuk semangat ihsan, kasih sayang dan memperkasakan kefahaman agama dalam kalangan guru dan murid beragama Islam.
Kuala Lumpur: Program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan dilaksanakan membabitkan guru dan murid beragama Islam di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan tadi berkata, pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi itu disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam sahaja.
KPM memaklumkan pelaksanaan modul itu bertujuan memupuk semangat ihsan, kasih sayang dan memperkasakan kefahaman agama dalam kalangan guru dan murid beragama Islam.
“Inisiatif ini diharapkan mampu melahirkan generasi anak yang baik lagi cerdik seterusnya mengangkat karamah insaniah berdasarkan tiga elemen utama iaitu adab, akhlak dan integriti,” menurut kenyataan itu.
Menurutnya lagi KPM sentiasa berusaha menerapkan nilai-nilai murni yang merangkumi elemen perpaduan, silang budaya, kepelbagaian agama dan saling menghormati antara kaum dalam setiap inisiatif yang dilaksanakan di institusi-institusi pendidikan bawah kelolaannya.
Tindakan memperkenalkan modul penghayatan hadis itu menimbulkan isu baru-baru ini apabila ia dipertikaikan oleh Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST).
MCCBCHST mendakwa, tiada peruntukan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan modul berkenaan Hadis 40 Imam Nawawi itu diajar di sekolah kerajaan, selain menegaskan, modul berkenaan mendukung sistem kehidupan Islam yang lengkap.
Sumber: Harian Metro