Connect with us

Antarabangsa

200 bekas tentera Afghanistan terbunuh sejak Taliban berkuasa – UNAMA

Lebih 200 bekas anggota tentera, penguatkuasa undang-undang dan kerajaan Afghanistan terbunuh sejak Taliban mengambil alih, menurut Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNAMA) di Afghanistan, semalam.

Wartawan TMT

Published

on

200 bekas tentera Afghanistan terbunuh sejak Taliban berkuasa – UNAMA
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lebih 200 bekas anggota tentera, penguatkuasa undang-undang dan kerajaan Afghanistan terbunuh sejak Taliban mengambil alih, menurut Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNAMA) di Afghanistan, semalam.
  • Menurut laporan UNAMA, sekurang-kurangnya 218 pembunuhan di luar undang-undang berkaitan dengan Taliban direkodkan sejak kumpulan itu mentadbir Afghanistan pada pertengahan 2021 hingga Jun.
  • Secara keseluruhan, UNAMA merekodkan 800 kes pencabulan hak asasi manusia berkaitan dengan Taliban terhadap bekas kakitangan kerajaan dan tentera termasuk penangkapan sewenang-wenangnya, kehilangan dan penyeksaan.
  • Kementerian Hal Ehwal Luar pimpinan Taliban berkata, berdasarkan laporan UNAMA, ia tidak menerima laporan mengenai sebarang kes mengingkari perintah itu dan sebarang kes berlaku akan disiasat.
  • Ia menafikan pembunuhan secara sewenang-wenangnya dibenarkan kerajaan atau menyasarkan orang yang berjuang atau bekerja untuk bekas kerajaan yang disokong negara asing.

AFGHANISTAN: Lebih 200 bekas anggota tentera, penguatkuasa undang-undang dan kerajaan Afghanistan terbunuh sejak Taliban mengambil alih, menurut Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNAMA) di Afghanistan, semalam.

Menurut laporan UNAMA, sekurang-kurangnya 218 pembunuhan di luar undang-undang berkaitan dengan Taliban direkodkan sejak kumpulan itu mentadbir Afghanistan pada pertengahan 2021 hingga Jun.

“Dalam kebanyakan keadaan, individu yang ditahan oleh pasukan keselamatan de facto, selalunya dibunuh,” menurut UNAMA.

Dilaporkan, kira-kira separuh daripada pembunuhan yang direkodkan oleh UNAMA berlaku dalam tempoh empat bulan selepas Taliban mengambil alih, ketika tentera asing yang disokong Amerika Syarikat (AS) berundur, pada Ogos 2021 dan 70 direkodkan pada 2022.

“Bagi majoriti pelanggaran yang dibincangkan dalam laporan ini, terdapat maklumat terhad mengenai langkah yang diambil oleh pihak berkuasa de facto untuk menyiasat kes dan memastikan penjenayah bertanggungjawab.

“Sikap bermaharajalela amat jelas, di mana anggota pihak berkuasa de facto terus melakukan pencabulan hak asasi manusia terhadap bekas pegawai kerajaan dan anggota ANDSF adalah kebimbangan serius,” kata UNAMA, merujuk kepada Pasukan Pertahanan dan Keselamatan Negara Afghanistan (ANDSF) yang lama.

Secara keseluruhan, UNAMA merekodkan 800 kes pencabulan hak asasi manusia yang berkaitan dengan Taliban terhadap bekas kakitangan kerajaan dan tentera termasuk penangkapan sewenang-wenangnya, kehilangan dan penyeksaan.

Sebaliknya, pemimpin kanan Taliban berkata, terdapat pengampunan untuk bekas pegawai kerajaan dan anggota tentera atas perintah pemimpin tertinggi mereka.

Kementerian Hal Ehwal Luar pimpinan Taliban berkata, berdasarkan laporan UNAMA, ia tidak menerima laporan mengenai sebarang kes mengingkari perintah itu dan sebarang kes yang berlaku akan disiasat.

Ia menafikan pembunuhan secara sewenang-wenangnya dibenarkan kerajaan atau menyasarkan orang yang berjuang atau bekerja untuk bekas kerajaan yang disokong negara asing.

“Pemimpin tertinggi sudah mengeluarkan perintah pengampunan dan satu lagi perintah menentang penyeksaan atau layanan buruk terhadap orang yang berada dalam tahanan.

“Tiada kakitangan tentera pentadbiran terdahulu ditangkap, ditahan atau diseksa kerana aktivitinya dalam institusi keselamatan.

“Pekerja pentadbiran terdahulu yang menyertai kumpulan pembangkang Emiriah Islam (pentadbiran Taliban) atau mempunyai aktiviti ketenteraan yang menjejaskan sistem, ditangkap dan dihadapkan kepada pihak berkuasa kehakiman,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh PBB dengan laporannya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending