Connect with us

Terkini

Tukar kad pengenalan Mykad dengan ciri-ciri keselamatan terkini – MCW

Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan kad pengenalan baharu dengan ciri-ciri keselamatan terkini bagi menggantikan MyKad.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tukar kad pengenalan Mykad dengan ciri-ciri keselamatan terkini – MCW
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan kad pengenalan baharu dengan ciri-ciri keselamatan terkini bagi menggantikan MyKad.
  • Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, langkah itu berupaya mempertingkatkan kecekapan sistem pengurusan data di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sekali gus mengurangkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
  • “Kad pengenalan sedia ada telah digunakan hampir 15 tahun dan mudah diceroboh,” katanya dalam kenyataan media, Selasa.
  • Beliau mengulas pendedahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin berhubung kewujudan unsur salah guna kuasa di JPN yang mana bayaran tertentu dikenakan dalam proses mendapatkan sijil warganegara.

KUALA LUMPUR – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan kad pengenalan baharu dengan ciri-ciri keselamatan terkini bagi menggantikan MyKad.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, langkah itu berupaya mempertingkatkan kecekapan sistem pengurusan data di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sekali gus mengurangkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

“Kad pengenalan sedia ada telah digunakan hampir 15 tahun dan mudah diceroboh,” katanya dalam kenyataan media, Selasa.

Beliau mengulas pendedahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin berhubung kewujudan unsur salah guna kuasa di JPN yang mana bayaran tertentu dikenakan dalam proses mendapatkan sijil warganegara.

Selain itu, Jais menyarankan supaya kakitangan JPN diberi latihan etika dan kesedaran mengenai tanggungjawab mereka serta kepentingan integriti dalam perkhidmatan awam.

Beliau menambah, sistem pengurusan yang kukuh dan prosedur ketelusan yang jelas perlu dikuatkuasakan dalam JPN.

“Ini termasuk pemeriksaan dalaman, audit dan penilaian prestasi bagi memastikan tindakan rasuah dan salah guna kuasa dapat dikesan dan diambil tindakan segera,” jelasnya.

Beliau berpandangan, perlindungan pelapor yang sewajarnya perlu diberikan untuk memastikan mereka tidak terdedah kepada sebarang gangguan atau tindakan balas negatif.

Jais memberitahu, hukuman yang tegas juga perlu dikenakan terhadap kesalahan rasuah dan salah guna kuasa serta memastikan usaha tersebut dijalankan secara adil.

“Penegakan undang-undang haruslah telus, adil dan bebas daripada campur tangan politik,” katanya.

Beliau berkata, JPN juga seharusnya membina budaya integriti yang kukuh dalam kalangan kakitangannya melalui kempen komunikasi, pendidikan moral dan etika serta teladan daripada pengurusannya. 

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *