Connect with us

Antarabangsa

Threads kumpul 100 juta pengikut dalam masa lima hari

Aplikasi Threads kini diikuti oleh 100 juta pengguna hanya dalam tempoh lima hari selepas dilancarkan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Threads kumpul 100 juta pengikut dalam masa lima hari
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Aplikasi Threads kini diikuti oleh 100 juta pengguna hanya dalam tempoh lima hari selepas dilancarkan.
  • Diperkenalkan oleh Meta sebagai pesaing Twitter, Threads menewaskan rekod instrumen ChatGPT oleh kecerdasan buatan (AI) sebagai aplikasi pengguna yang berkembang dengan pantas sekali gus.
  • ChatGPT mengambil masa hampir dua bulan untuk mendapatkan 100 juta jumlah pengguna, manakala, aplikasi TikTok pula mengambil masa sembilan bulan sementara Instagram pula hanya berpeluang menerima jumlah pengikut yang sama selama dua tahun setengah selepas dilancarkan pada tahun 2010.
  • Threads dilancarkan di aplikasi Apple dan Android di 100 buah negara pada minggu lalu, namun, ia tidak mempunyai akses di negara-negara Eropah berikutan dibatasi masalah undang-undang yang sedang dihadapi oleh pejabat induknya, Meta berhubung perundangan privasi dengan Kesatuan Eropah.

CALIFORNIA – Aplikasi Threads kini diikuti oleh 100 juta pengguna hanya dalam tempoh lima hari selepas dilancarkan.

Diperkenalkan oleh Meta sebagai pesaing Twitter, Threads menewaskan rekod instrumen ChatGPT oleh kecerdasan buatan (AI) sebagai aplikasi pengguna yang berkembang dengan pantas sekali gus.

ChatGPT mengambil masa hampir dua bulan untuk mendapatkan 100 juta jumlah pengguna, manakala, aplikasi TikTok pula mengambil masa sembilan bulan sementara Instagram pula hanya berpeluang menerima jumlah pengikut yang sama selama dua tahun setengah selepas dilancarkan pada tahun 2010.

Threads dilancarkan di aplikasi Apple dan Android di 100 buah negara pada minggu lalu, namun, ia tidak mempunyai akses di negara-negara Eropah berikutan dibatasi masalah undang-undang yang sedang dihadapi oleh pejabat induknya, Meta berhubung perundangan privasi dengan Kesatuan Eropah.

Twitter pula dianggarkan memiliki sekitar 200 juta pengguna tetap, namun, ia kerap kali mengalami masalah teknikal khususnya selepas Elon Musk membeli platform tersebut tahun lalu dan memberhentikan ribuan kakitangannya.

Musk yang juga pemilik Tesla dan SpaceX telah memperkenalkan banyak peraturan termasuk mengenakan biaya yang sebelum itu ditawarkan percuma selain mengenakan tindakan akaun dilarang aktif di platform tersebut.

Sebetulnya, terdapat beberapa pesaing lain yang muncul, tetapi sebagian besar daripada adalah platform kecil yang tidak memiliki keupayaan untuk tumbuh pada skala yang diperlukan untuk menggulingkan Twitter.

Berbeza dengan Threads yang ‘beruntung’ kerana mempunyai akses secara langsung dengan Instagram yang memiliki lebih daripada satu bilion pengguna di seluruh dunia.

Musk baru-baru ini telah mengancam akan mendakwa Meta atas tuduhan merompak rahsia dagangan dan harta intelek, iaitu dakwaan yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh syarikat yang turut menjadi pemilik Facebook dan WhatsApp itu.

Bukan itu sahaja, Musk juga berhadapan ‘konflik’ dengan Mark Zuckerberg yang juga pemilik Meta dengan kedua-duanya saling mengajak bertarung dalam sebuah pertarungan baru-baru ini. 

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *