Connect with us

Antarabangsa

Rakyat Jepun bantah rancangan kerajaan lepaskan air radioaktif Fukushima

Hampir 100 penunjuk perasaan di Jepun berhimpun untuk membantah rancangan kerajaan melepaskan air sisa tercemar nuklear ke Lautan Pasifik, menyatakan kebimbangan mereka terhadap laporan akhir oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Wartawan TMT

Published

on

Rakyat Jepun bantah rancangan kerajaan lepaskan air radioaktif Fukushima
Foto: Orang ramai berhimpun membantah keputusan kerajaan Jepun untuk melepaskan sisa air radioaktif dari Loji Fukushima Daiichi ke laut di hadapan ibu pejabat kerajaan wilayah Fukushima.
  • Hampir 100 penunjuk perasaan di Jepun berhimpun untuk membantah rancangan kerajaan melepaskan air sisa tercemar nuklear ke Lautan Pasifik, menyatakan kebimbangan mereka terhadap laporan akhir oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
  • Demonstrasi itu diadakan kelmarin di hadapan ibu pejabat Tokyo Electric Power Company (TEPCO), pengendali loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang musnah.
  • Penunjuk perasaan daripada beberapa kumpulan sivik tempatan memegang plakad bertulis ‘Jangan buang air tercemar ke laut’ dan ‘Jangan cemarkan lautan kita’.
  • “Standard keselamatan yang didakwa TEPCO pada asasnya adalah cacat,” kata seorang penunjuk perasaan, Yamazaki memberitahu Xinhua, sambil menambah tiada had terhadap jumlah air tercemar nuklear yang akan dilepaskan ke lautan dan peraturan sedia ada mengenai kepekatan bahan radioaktif adalah terlalu ringan.

TOKYO – Hampir 100 penunjuk perasaan di Jepun berhimpun untuk membantah rancangan kerajaan melepaskan air sisa tercemar nuklear ke Lautan Pasifik, menyatakan kebimbangan mereka terhadap laporan akhir oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Demonstrasi itu diadakan kelmarin di hadapan ibu pejabat Tokyo Electric Power Company (TEPCO), pengendali loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang musnah.

Penunjuk perasaan daripada beberapa kumpulan sivik tempatan memegang plakad bertulis ‘Jangan buang air tercemar ke laut’ dan ‘Jangan cemarkan lautan kita’.

“Standard keselamatan yang didakwa TEPCO pada asasnya adalah cacat,” kata seorang penunjuk perasaan, Yamazaki memberitahu Xinhua, sambil menambah tiada had terhadap jumlah air tercemar nuklear yang akan dilepaskan ke lautan dan peraturan sedia ada mengenai kepekatan bahan radioaktif adalah terlalu ringan.

Lelaki itu yang menentang keras piawaian kepekatan tinggi untuk air tercemar nuklear yang ditetapkan oleh IAEA menekankan terdapat kaedah alternatif untuk mengendalikan air itu.

“Adalah tidak boleh diterima untuk melepaskan kuantiti air yang banyak mengandungi bahan radioaktif ke dalam laut, mengambil kira potensi bahaya yang mungkin ditimbulkannya pada masa hadapan,” katanya.

Selasa lalu, IAEA menerbitkan laporan semakan keselamatan komprehensif terakhir mengenai pelan pelepasan laut Jepun selepas Ketua Pengarah IAEA, Rafael Grossi menyerahkan salinan kepada Perdana Menteri, Jepun Fumio Kishida di Tokyo.

Penunjuk perasaan menyatakan bantahan mereka mengenai laporan itu, mengatakan kerajaan Jepun ‘tidak bertanggungjawab’ dengan mengambil laporan IAEA sebagai ‘kebenaran untuk pelepasan laut’ dengan mengabaikan tentangan daripada penduduk tempatan, industri perikanan dan negara jiran.

“Walaupun ‘racun’ itu dicairkan sebanyak 40 kali, ia tetap ‘racun’ dan sifatnya tidak boleh diubah,” laung orang ramai serentak.

Seorang lagi penunjuk perasaan, Kimura mendakwa untuk menangani penentangan dari dalam dan luar negara, kerajaan Jepun bersama dengan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri, dan Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Nuklear akan menyalahgunakan laporan IAEA dan membentangkannya sebagai lampu hijau untuk melepaskan sisa air tercemar yang dirancang.

Pada Selasa lalu, Grossi menegaskan pada sidang media yang diadakan di Kelab Akhbar Kebangsaan Jepun di Tokyo bahawa pilihan untuk melepaskan air sisa nuklear ke laut adalah pilihan yang dibuat oleh kerajaan Jepun.

“Saya ingin menekankan pelepasan air terawat yang disimpan di Stesen Janakuasa Fukushima Daiichi adalah keputusan oleh kerajaan Jepun dan laporan ini bukanlah satu syor mahupun pengesahan dasar itu,” kata Grossi.

IAEA akan terus berada di tapak loji Fukushima Daiichi untuk menyemak, memantau dan menilai aktiviti pelepasan untuk beberapa dekad akan datang.

Kerajaan Jepun sedang membuat persiapan untuk menjalankan pelan pembuangan air sisanya seawal Ogos, lapor media tempatan pada Rabu.

Kerajaan Jepun merancang untuk melepaskan kira-kira 1.3 juta tan air sisa tercemar radioaktif yang kini disimpan dalam kira-kira 1,000 tangki simpanan. 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending