Connect with us

Terkini

Pemansuhan hukuman mati mandatori kuat kuasa hari ini

Pemansuhan Akta Hukuman Mati Mandatori 2023 berkuat kuasa hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

Pemansuhan hukuman mati mandatori kuat kuasa hari ini
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pemansuhan Akta Hukuman Mati Mandatori 2023 berkuat kuasa hari ini berdasarkan Warta Kerajaan Persekutuan yang diterbitkan semalam, akta itu berkuat kuasa mulai 4 Julai 2023. 
  • Sebelum ini pada April lalu, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan rang undang-undang memansuhkan hukuman mati mandatori melalui undian suara.
  • Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, dibentangkan bagi bacaan kedua dan ketiga dibacakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh iaitu mencadangkan hakim diberikan kuasa budi bicara dalam menjatuhi hukuman.
  • Langkah itu menyaksikan memansuhkan hukuman mati mandatori kepada hukuman alternatif memandangkan hukuman mati tidak dapat ditarik balik.

PETALING JAYA: Pemansuhan Akta Hukuman Mati Mandatori 2023 berkuat kuasa hari ini.

Berdasarkan Warta Kerajaan Persekutuan yang diterbitkan semalam, akta itu berkuat kuasa pada 4 Julai 2023.

Sebelum ini pada April lalu, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan rang undang-undang memansuhkan hukuman mati mandatori melalui undian suara.

Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, dibentangkan bagi bacaan kedua dan ketiga dibacakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh iaitu mencadangkan hakim diberikan kuasa budi bicara dalam menjatuhi hukuman.

Rang undang-undang itu juga mencadangkan membenarkan hakim membuat pilihan mengenakan hukuman penjara sehingga 40 tahun menggantikan hukuman mati mandatori.

Langkah itu menyaksikan memansuhkan hukuman mati mandatori kepada hukuman alternatif memandangkan hukuman mati tidak dapat ditarik balik. 

Sumber:Utusan Malaysia

Advertisement

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending