Terkini
Kekecohan di KLIA: Tiong King Sing tidak muncul di SPRM
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing tidak kelihatan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

- Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing tidak kelihatan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
- Media yang berkampung sejak jam 9 pagi tadi turut tidak menemui seorang pelancong yang ‘diselamatkan’ oleh King Sing memasuki suruhanjaya siasatan itu.
- Kedua-dua mereka sepatutnya disoal siasat oleh SPRM hari ini berhubung insiden yang berlaku Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
- King Sing didakwa melepasi kaunter Jabatan Imigresen untuk ‘menyelamatkan’ seorang pelancong China yang ditahan oleh jabatan itu.
- Sebelum ini, King Sing menegaskan akan merujuk kepada SPRM untuk menyiasat dalang penyebaran video kekecohan yang mendakwa beliau menyalahguna kuasa di KLIA.
- Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan pertemuan bersama menteri itu hari ini susulan dakwaan rasuah di KLIA.
PUTRAJAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing tidak kelihatan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
Media yang berkampung sejak jam 9 pagi tadi turut tidak menemui seorang pelancong yang ‘diselamatkan’ oleh King Sing memasuki suruhanjaya siasatan itu.
Kedua-dua mereka sepatutnya disoal siasat oleh SPRM hari ini berhubung insiden yang berlaku Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
King Sing didakwa melepasi kaunter Jabatan Imigresen untuk ‘menyelamatkan’ seorang pelancong China yang ditahan oleh jabatan itu.
Sebelum ini, King Sing menegaskan akan merujuk kepada SPRM untuk menyiasat dalang penyebaran video kekecohan yang mendakwa beliau menyalahguna kuasa di KLIA.
Beliau turut mendakwa video itu dirakam oleh pegawai Jabatan Imigresen yang berada di tempat kejadian, tindakan yang didakwanya sengaja untuk menutup kesalahan serta aktiviti rasuah yang berlaku di balai ketibaan berkenaan.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan pertemuan bersama menteri itu hari ini susulan dakwaan rasuah di KLIA.
Beliau berkata, pelancong dari China yang dikatakan menjadi mangsa kepada perlakuan rasuah berkenaan juga akan bersama dalam pertemuan itu.
Sumber: MalaysiaGazette
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
-
Terkini4 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN