Connect with us

Antarabangsa

E-visa umrah mula dikeluarkan Arab Saudi

Kementerian Haji dan Umrah mula mengeluarkan visa elektronik (e-visa) sebagai sebahagian daripada usaha untuk membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan ibadah umrah di negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

E-visa umrah mula dikeluarkan Arab Saudi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Haji dan Umrah mula keluarkan visa elektronik (e-visa) sebagai sebahagian daripada usaha membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan ibadah umrah di negara itu.
  • Ia juga seiring untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan umrah bagi mencapai matlamat Wawasan Saudi 2030.
  • Kementerian itu menyatakan bahawa individu yang mahu mendapatkan e-visa boleh mengemukakan permohonan di platform Nusuk: https://www.nusuk.sa/ar/about, supaya mereka boleh mula tiba di negara berkenaan pada 19 Julai ini.
  • Platform Nusuk memudahkan prosedur ketibaan umat Islam di seluruh dunia untuk melawat Makkah dan Madinah, menyediakan pilihan perumahan, kediaman dan perkhidmatan pengangkutan, selain akses mudah kepada pakej maklumat pengayaan serta peta interaktif dalam beberapa bahasa.

JEDDAH – Kementerian Haji dan Umrah mula mengeluarkan visa elektronik (e-visa) sebagai sebahagian daripada usaha untuk membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan ibadah umrah di negara itu.

Ia juga seiring untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan umrah bagi mencapai matlamat Wawasan Saudi 2030.

Kementerian itu menyatakan bahawa individu yang mahu mendapatkan e-visa boleh mengemukakan permohonan di platform Nusuk: https://www.nusuk.sa/ar/about, supaya mereka boleh mula tiba di negara berkenaan pada 19 Julai ini.

Platform Nusuk memudahkan prosedur ketibaan umat Islam di seluruh dunia untuk melawat Makkah dan Madinah, menyediakan pilihan perumahan, kediaman dan perkhidmatan pengangkutan, selain akses mudah kepada pakej maklumat pengayaan serta peta interaktif dalam beberapa bahasa.

Kementerian Haji dan Umrah sebelum ini mengumumkan dengan kerjasama pihak berkuasa itu, pemegang visa pelancong dari Majlis Kerjasama Teluk negara-negara Arab dan pemegang visa Schengen boleh menempah janji temu umrah melalui aplikasi Nusk.

Kementerian Haji dan Umrah juga memudahkan prosedur bagi pemegang jenis visa yang berbeza.

Kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Haji dan Umrah kepada individu yang ingin menunaikan umrah itu adalah sebahagian daripada perundangan baharu yang diterima pakai baru-baru ini, termasuk mengurangkan yuran insurans untuk jemaah sebanyak 63 peratus sambil mengekalkan kelestarian perkhidmatan kesihatan untuk mereka.

Advertisement

Selain itu, pengeluaran visa umrah dikurangkan daripada 24 jam dan melanjutkan visa umrah daripada tempoh 30 kepada 90 hari tanpa keperluan kesihatan.

Prosedur umrah yang dikemas kini juga membenarkan wanita menunaikan umrah tanpa penjaga lelaki (mahram).

Peraturan baharu itu juga membenarkan pelawat melawat tapak unik di negara terbabit untuk mengetahui mengenai kepelbagaian budaya negara dan memperkaya pengalaman agama dan budaya. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Author

Advertisement

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending