Terkini
Kritikan Umno, PH akan pengaruhi ‘langkah’ saya – KJ
Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata serangan “peribadi” dibuat pemimpin dan ahli Umno serta Pakatan Harapan akan mempengaruhi langkahnya dalam politik.

- Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata serangan “peribadi” dibuat pemimpin dan ahli Umno serta Pakatan Harapan akan mempengaruhi langkahnya dalam politik.
- Khairy, yang dipecat Umno pada Januari, menegaskan Bersatu dan PAS tidak pernah bercakap perkara negatif mengenai dirinya.
- “Secara peribadi, Bersatu dan PAS tidak benar-benar bercakap apa-apa yang buruk mengenai saya. Tapi, kalau anda lihat komen Umno dan PH atau orang PH, ia bukan kritikan yang adil, ia adalah peribadi.
- “Pada tahap psikologi, mungkin akan mempengaruhi tindakan saya selepas ini,” katanya dalam episod terbaru podcast “Keluar Sekejap”.
PETALING JAYA: Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata serangan “peribadi” dibuat pemimpin dan ahli Umno serta Pakatan Harapan akan mempengaruhi langkahnya dalam politik.
Khairy, yang dipecat Umno pada Januari, menegaskan Bersatu dan PAS tidak pernah bercakap perkara negatif mengenai dirinya.
“Secara peribadi, Bersatu dan PAS tidak benar-benar bercakap apa-apa yang buruk mengenai saya. Tapi, kalau anda lihat komen Umno dan PH atau orang PH, ia bukan kritikan yang adil, ia adalah peribadi.
“Pada tahap psikologi, mungkin akan mempengaruhi tindakan saya selepas ini,” katanya dalam episod terbaru podcast “Keluar Sekejap”.
Sebelum ini, Muhyiddin Yassin mengakui menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu kepada Khairy, jika beliau mahu menyertai parti itu.
Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mendedahkan, tawaran berkenaan dikemukakan kepada Khairy selepas dipecat Umno.
Bagaimanapun, Khairy yang masih tidak berparti dilihat lebih selesa “mengunci mulut” mengenai masa depan politik walaupun sudah ditawarkan menyertai Bersatu.
Sumber: FreeMalaysiaToday
