Connect with us

Terkini

Isu premis judi: Pembangkang dakwa Perlis tidak telus

Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis kecewa berhubung tindakan kerajaan negeri itu yang dilihat tidak telus berhubung status lesen operasi premis perjudian di negeri itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Isu premis judi: Pembangkang dakwa Perlis tidak telus
Foto: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling.
  • Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis kecewa berhubung tindakan kerajaan negeri itu yang dilihat tidak telus berhubung status lesen operasi premis perjudian di negeri itu.
  • Ini berikutan Ketua Pembangkang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling, yang mendakwa Majlis Perbandaran Kangar (MPKPs) sudah tidak lagi memperbaharui lesen premis perjudian di negeri itu meskipun kerajaan negeri masih belum mengeluarkan sebarang keputusan atau tindakan terhadap isu berkenaan.
  • “Perkara ini adalah sesuatu yang mengecewakan kerana tidak ada ketelusan di peringkat kerajaan negeri terutama ketika Sidang DUN Perlis pada Mac lalu di mana Menteri Besar (Mohd Shukri Ramli) sendiri memberitahu bahawa tiada sebarang keputusan lagi dibuat berhubung perkara berkenaan (perlesenan premis perjudian) setakat ini.
  • “Berdasarkan maklum balas kerajaan negeri ketika sidang DUN berkenaan adalah segala lesen perjudian ini dikeluarkan Kementerian Kewangan, namun premis itu sendiri berada dalam tanggungjawab kerajaan tempatan dan sebarang keputusan terhadap isu berkenaan akan dikaji terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya ketika dihubungi BH hari ini.

KANGAR: Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis kecewa berhubung tindakan kerajaan negeri itu yang dilihat tidak telus berhubung status lesen operasi premis perjudian di negeri itu.

Ini berikutan Ketua Pembangkang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling, yang mendakwa Majlis Perbandaran Kangar (MPKPs) sudah tidak lagi memperbaharui lesen premis perjudian di negeri itu meskipun kerajaan negeri masih belum mengeluarkan sebarang keputusan atau tindakan terhadap isu berkenaan.

“Perkara ini adalah sesuatu yang mengecewakan kerana tidak ada ketelusan di peringkat kerajaan negeri terutama ketika Sidang DUN Perlis pada Mac lalu di mana Menteri Besar (Mohd Shukri Ramli) sendiri memberitahu bahawa tiada sebarang keputusan lagi dibuat berhubung perkara berkenaan (perlesenan premis perjudian) setakat ini.

“Berdasarkan maklum balas kerajaan negeri ketika sidang DUN berkenaan adalah segala lesen perjudian ini dikeluarkan Kementerian Kewangan, namun premis itu sendiri berada dalam tanggungjawab kerajaan tempatan dan sebarang keputusan terhadap isu berkenaan akan dikaji terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil.

“Namun begitu, baru-baru ini MPKPs sudah pun mula mengeluarkan notis pemakluman kepada premis perjudian ini yang memberitahu bahawa pihak majlis sudah tidak lagi akan memperbaharui lesen premis perjudian di negeri ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ay Ling mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri dalam mengendalikan perkara sensitif berkenaan terutama dalam membabitkan masyarakat bukan Islam di negeri itu.

“Agak sukar bagi saya untuk menjelaskan isu ini kepada masyarakat bukan Islam di negeri ini kerana sebelum ini pun saya sering menerangkan dan memberi jaminan kepada mereka (komuniti bukan Islam) bahawa kerajaan negeri masih belum lagi membuat sebarang keputusan terhadap perkara berkenaan.

“Jadi dalam hal ini, saya jadi keliru mengapa hal seumpama ini hendak dilakukan secara rahsia. Mungkinkah mereka (Kerajaan Perikatan Nasional) berasa khuatir terhadap impak yang bakal berlaku terhadap mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang ini sekiranya perkara ini tidak diselesaikan.

“Apa pun, kita bercakap mengenai soal pentadbiran kerajaan negeri dan bukannya membabitkan kepentingan parti politik atau PRN. Apabila pemberita bertanyakan hal ini kepada Menteri Besar, beliau sendiri tidak pasti akan hal ini meskipun MPKPs sudah pun mengeluarkan notis makluman terhadap perkara ini,” katanya.

Di Perlis, ada enam premis perjudian yang beroperasi dengan tiga terletak di Kangar, dua di Arau dan sebuah lagi premis terletak di Kuala Perlis.

Sementara itu, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perlis, Fakhrul Anwar Ismail, menegaskan tidak wujud isu ketelusan kerajaan negeri dalam tidak lagi memperbaharui lesen perniagaan premis perjudian di negeri itu.

“Ini adalah langkah kerajaan negeri. Memang tiada makluman media dikeluarkan berhubung pelaksanaan langkah ini (tidak perbaharui lesen premis perjudian) dan kita memang ke arah Perlis Bersih Premis Judi dalam masa terdekat ini.

“Pemilik premis perjudian di negeri ini sudah dimaklumkan oleh MPKPs sejak Mac lalu dan akan disambung pada Julai dan Oktober ini dan selaras dengan prinsip kita, tempoh operasi premis ini memang tidak akan disambung jadi tidak wujud isu ketelusan kerajaan negeri di sini dalam tidak memaklumkan pemilik premis mengenai perkara ini,” katanya.

Fakhrul Anwar menjelaskan, penamatan lesen operasi premis perjudian itu tidak berlaku serentak kerana bergantung kepada tarikh luput lesen masing-masing, namun jika operasi perjudian itu disambung secara dalam talian, ia di luar bidang kuasa pentadbiran kerajaan negeri.

Sumber: Berita Harian

Author