Terkini
Bunuh kekasih hamil, pemuda berdepan hukuman mati
Seorang pemuda berdepan hukuman mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini, atas pertuduhan membunuh teman wanitanya yang hamil, minggu lalu.

- Seorang pemuda berdepan hukuman mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini, atas pertuduhan membunuh teman wanitanya yang hamil, minggu lalu.
- Tiada pengakuan direkodkan, namun lelaki berusia 20 tahun yang memakai baju T kuning itu mengangguk faham atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.
- Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan bunuh terhadap seorang wanita berusia 21 tahun yang dipercayai dilakukan dekat Jalan Sungai Limau, Sungai Besar, di sini, kira-kira pukul 8.30 malam 22 Mei sehingga pukul 8 pagi 23 Mei lalu.
- Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
SABAK BERNAM: Seorang pemuda berdepan hukuman mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini, atas pertuduhan membunuh teman wanitanya yang hamil, minggu lalu.
Tiada pengakuan direkodkan, namun lelaki berusia 20 tahun yang memakai baju T kuning itu mengangguk faham atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan bunuh terhadap seorang wanita berusia 21 tahun yang dipercayai dilakukan dekat Jalan Sungai Limau, Sungai Besar, di sini, kira-kira pukul 8.30 malam 22 Mei sehingga pukul 8 pagi 23 Mei lalu.
Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya yang juga Pengarah Pendakwaan Selangor, Ku Hayati Ku Haron memohon tempoh bagi penyediaan dokumen pendakwaan berkaitan lain sementara peguam-peguam Khairul Anuar Kashim dan Muhammad Nor Tamrin yang mewakili tertuduh memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi secepat mungkin.
Siti Hajar kemudian menetapkan sebutan semula pengurusan kes pada 3 Ogos depan.
Sumber: Utusan Malaysia
