Connect with us

Antarabangsa

Sesiapa pun boleh jadi wanita asalkan boleh ‘ditembusi’ ketika seks – Ahli akademik transgender

Seorang ahli akademik transgender dikritik atas kenyataan terdahulunya yang mendakwa pornografi membantu peralihan jantinanya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Sesiapa pun boleh jadi wanita asalkan boleh ‘ditembusi’ ketika seks – Ahli akademik transgender
Foto: Andrea Long Chu.
  • Seorang ahli akademik transgender Andrea Long Chu, atau nama lelakinya Andrew, mendakwa yang kewanitaan ditentukan apabila seseorang itu boleh ‘ditembusi’ ketika hubungan seks.
  • Dia berkata demikian di dalam tesis pertamanya bertajuk Females yang diterbitkan pada 2019.
  • Getting f*cked makes you female because f*cked is what a female is,” – Ahli akademik transgender, Andrea Long Chu.
  • Dia juga mengakui ketaksubannya terhadap pornografii bergenre sissy mendorongnya mengubah jantina.
  • Sissy porn ialah sejenis genre pornografi di mana seorang pelakon lelaki pondan diperlakukan secara seksual kononnya dipaksa.

Seorang ahli akademik transgender dikritik atas kenyataan terdahulunya yang mendakwa pornografi membantu peralihan jantinanya.

Memetik laporan Reduxx, Andrea Long Chu, atau nama lelakinya Andrew, merupakan graduan Universiti Duke dan pelajar kedoktoran dalam kesusasteraan perbandingan di Universiti New York.

Pada 2021, dia dilantik sebagai pengkritik buku oleh New York Magazine di mana hasil penulisannya menerima anugerah Pulitzer 2023.

Bagaimanapun penganugerahan itu tidak diterima baik di media sosial di mana pejuang hak wanita mengecam keputusan itu dan menunjukkan yang Andrew pernah menyamakan kewanitaan dengan ketagihan pornografi.

Merujuk tesis pertamanya bertajuk Females, Andrew mendakwa yang sesiapa sahaja boleh menjadi wanita dan kewanitaan ditentukan apabila seseorang itu boleh ‘ditembusi’ ketika hubungan seks.

Getting f*cked makes you female because f*cked is what a female is,” katanya dalam tesis yang diterbitkan pada 2019 itu.

Andrew juga mendakwa yang ketaksubannya terhadap bahan lucah menyebabkanya mula mahu mengubah jantina.

“Hampir setiap malam, sekurang-kurangnya setahun sebelum saya mengubah jantina, saya akan menunggu sehingga teman wanita saya tertidur untuk turun dari katil dan ke bilik air bersama telefon saya.

“Saya melayari Tumblr untuk melihat sesuatu yang dipanggil sissy porn. Saya telah menemuinya secara tidak sengaja pada suatu malam,” katanya.

Sissy porn ialah sejenis genre pornografi di mana seorang pelakon lelaki pondan diperlakukan secara seksual kononnya dipaksa.

Pelakon lelaki yang biasanya memakai pakaian dan solekan seperti wanita dalam pornografi itu mendorong Andrew untuk menjadi wanita.

“Pornografi adalah bagaimana rasanya apabila anda fikir anda mempunyai objek, tetapi sebenarnya objek itu mempunyai anda. Oleh itu, ia adalah ungkapan asas kewanitaan,” kata Andrew.

Sissy porn memang membuatkan saya trans… Ada lubang dubur di dalam sissy porn, sejenis faraj umum yang menjadikan kewanitaan boleh diakses,” kata lagi.

Andrew terkenal sebagai seorang ahli akademik yang banyak menulis berkenaan pornografi, peralihan jantina, seksual dan homoseksualiti.

Sumber: Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *