Antarabangsa
Saingan Erdogan rayu sokongan golongan muda menjelang undian penentu
Pencabar Presiden Recep Tayyip Erdogan merayu kepada pengundi muda Turkiye pada Selasa (semalam) untuk menyokongnya dalam pusingan pilihan raya 28 Mei ini.

- Pencabar Presiden Recep Tayyip Erdogan merayu kepada pengundi muda Turkiye pada Selasa (semalam) untuk menyokongnya dalam pusingan pilihan raya 28 Mei ini.
- Menurut laporan Al Arabiya News, Kemal Kilicdaroglu, calon pakatan pembangkang enam parti itu berusaha untuk menghalang Erdogan melanjutkan pemerintahannya di Turkiye yang juga anggota NATO.
- Calon pakatan pembangkang, Kemal Kilicdaroglu memperoleh 45 peratus sokongan dalam undian pada Ahad, manakala Erdogan mendapat 49.5 peratus sokongan, kurang daripada majoriti diperlukan untuk mengelak undian penentu yang dilihat sebagai referendum pemerintahannya.
Pencabar Presiden Recep Tayyip Erdogan merayu kepada pengundi muda Turkiye pada Selasa (semalam) untuk menyokongnya dalam pusingan pilihan raya 28 Mei ini.
Menurut laporan Al Arabiya News, Kemal Kilicdaroglu, calon pakatan pembangkang enam part berusaha menghalang Erdogan melanjutkan pemerintahannya ke atas negara anggota NATO itu.
Sebelum ini, Kemal memperoleh 45 peratus sokongan dalam undian pada Ahad.
Manakala Erdogan mendapat 49.5 peratus, kurang daripada majoriti yang diperlukan untuk mengelakkan undian penentu yang dilihat sebagai referendum mengenai pemerintahannya.
Dalam pada itu, aset Turki dikhabarkan terus melemah untuk hari kedua, terutama bon kerajaan dan korporat serta saham perbankan.
Ini kerana pelabur bertaruh Erdogan akan memenangi bagi tempoh lima tahun lagi dan meneruskan dasar ekonominya yang tidak lazim.
Bagaimanapun, Kemal, 74, berusaha untuk mengumpulkan penyokongnya, kini ramai kecewa, dengan meletakkan pandangan positif kepada keputusan itu.
“Mesej perubahan muncul dari peti undi.
“Mereka yang mahukan perubahan di negara ini kini lebih daripada mereka yang tidak mahukannya,” kata Kemal.
Dalam pilihan raya parlimen yang diadakan serentak, Parti AK Erdogan dan rakan nasionalis dan Islamisnya memenangi 322 daripada 600 kerusi di parlimen baharu.
Ia mencapai majoriti yang membolehkannya berhujah mengundinya akan memastikan kestabilan.
Kemal merayu kepada pengundi muda dengan merujuk kepada krisis kos sara hidup di Turkiye yang diburukkan lagi dengan desakan Erdogan untuk mengurangkan kadar faedah.
Perkara itu juga menyebabkan kejatuhan mendadak dalam lira dan berlakunya inflasi yang melambung tinggi.
Sumber: Al Arabiya News
