Connect with us

Terkini

Mantan menteri agama harap Kerajaan Madani ada ‘jawapan’ mengapa tarik semula rayuan kes kalimah Allah

Mantan Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berharap Kerajaan Madani melalui Kementerian Dalam Negeri mempunyai ‘jawapan’ ke atas penarikan semula rayuan kes penggunaan kalimah Allah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Mantan menteri agama harap Kerajaan Madani ada ‘jawapan’ mengapa tarik semula rayuan kes kalimah Allah
Foto: Mantan Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
  • Harapan itu didorong kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang memaklumkan bakal mengadakan sidang media dalam masa terdekat berhubung isu kepentingan umat Islam itu.
  • “Saya tegaskan di sini bahawa keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) pada tahun 2008 telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain,” kata mantan Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata demikian menerusi hantaran di Facebook hari ini.
  • Media hari ini melaporkan Kerajaan Madani pimpinan Anwar dan KDN menarik balik rayuan dalam kes yang membenarkan seorang wanita Kristian Sarawak Jill Ireland menggunakan kalimah Allah. 
  • Notis tidak meneruskan kes itu difailkan di Mahkamah Rayuan pada 18 April lalu.

KUALA LUMPUR — Mantan Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berharap Kerajaan Madani melalui Kementerian Dalam Negeri mempunyai ‘jawapan’ ke atas penarikan semula rayuan kes penggunaan kalimah Allah.

Harapan itu juga didorong kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang memaklumkan akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat berhubung isu kepentingan umat Islam itu.

Terbaharu, media melaporkan Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10 (PMX), Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik semula rayuan terhadap kes kalimah Allah di mahkamah pada 18 April lalu.

Mengulas lanjut, Dr Zulkifli berkata rayuan itu diangkat semasa beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di mana ia dibuat atas dasar kesedaran akan keperluan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah, dan Solat kekal menjadi milik umat Islam di Malaysia. 

Setelah segalanya lengkap, beliau membentangkan perkara itu kepada mesyuarat Jemaah Menteri dan proses rayuan Kerajaan Persekutuan terdahulu melalui Kementerian Dalam Negeri dimulakan.

Katanya, keputusan membuat rayuan semula kes itu juga adalah untuk menjunjung titah KDYMM Sultan Johor dan KDYMM Sultan Selangor yang menitahkan Kerajaan Persekutuan pada ketika itu membuat rayuan semula bagi keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

“Saya tegaskan di sini bahawa keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) pada tahun 2008 telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Media hari ini melaporkan Kerajaan Madani pimpinan Anwar dan KDN menarik balik rayuan dalam kes yang membenarkan seorang wanita Kristian Sarawak Jill Ireland menggunakan kalimah Allah.

Notis tidak meneruskan kes itu difailkan di Mahkamah Rayuan pada 18 April lalu. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *