Terkini
Isu diskriminasi kaum, pemakaian hijab dalam pekerjaan kes terpencil, bukan masalah negara – Pakar Sosial
Isu diskriminasi kerja membabitkan agama, warna kulit, cara pakaian dan sebagainya yang berlaku di sini adalah kes terpencil dan bukan masalah negara, demikian menurut pakar sosial.

- Isu diskriminasi kerja membabitkan agama, warna kulit, cara pakaian dan sebagainya yang berlaku di sini adalah kes terpencil dan bukan masalah negara, demikian menurut pakar sosial.
- Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata isu ini berkemungkinan membabitkan 0.001 peratus sahaja individu atau pihak berfikiran sebegini berbanding keseluruhan 33 juta orang populasi Malaysia.
- Katanya, memberi tumpuan berlebihan atau menyelesaikan isu melibatkan kumpulan kecil ini ibarat membuang masa kerana ia sukar dihapuskan, namun akan tetap berlaku pada masa akan datang.
- “Ia boleh dianggap sebagai masalah terpencil di mana cara atau kaedah penyelesaiannya tidak perlulah melibatkan ketua negara, ketua komuniti atau sebagainya sebaliknya ia boleh melalui proses engagement di antara mereka yang terlibat sama ada mangsa ataupun mereka yang melakukan (mendiskriminasi), justifikasi dan diskusi perlu dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times pada Khamis.
- Mohammad Shatar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berkata demikian ketika diminta mengulas insiden membabitkan seorang gadis berbangsa India yang mendakwa haknya dinafikan untuk memohon pekerjaan di sebuah kedai minuman jenama popular apabila syarikat itu kononnya hanya mengambil pekerja kaum Melayu.
- Perkongsian gadis itu di TikTok turut disokong netizen yang melalui situasi hampir sama di mana ada antara mereka berkongsi pengalaman permohonan bekerja ditolak kerana berhijab dan ada majikan menetapkan calon pekerja perlu mahir atau boleh berkomunikasi menggunakan Bahasa Mandarin.
KUALA LUMPUR — Isu diskriminasi kerja membabitkan agama, warna kulit, cara pakaian dan sebagainya yang berlaku di sini adalah kes terpencil dan bukan masalah negara, demikian menurut pakar sosial.
Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata isu ini berkemungkinan membabitkan 0.001 peratus sahaja individu atau pihak berfikiran sebegini berbanding keseluruhan 33 juta orang populasi Malaysia.
Katanya, memberi tumpuan berlebihan atau menyelesaikan isu melibatkan kumpulan kecil ini ibarat membuang masa kerana ia sukar dihapuskan, namun akan tetap berlaku pada masa akan datang.
“Kalau kita nak bawa isu ini ke atas kita perlu memahami kaedah atau suasana ini, kalau masalah dibangkitkan berlaku dalam jumlah kecil 0.001 peratus ia bukan satu masalah besar yang perlu kita angkat sampai peringkat kepimpinan tertinggi negara. Ia bukan boleh dianggap sebagai masalah nasional atau masalah negara.
“Ia boleh dianggap sebagai masalah terpencil di mana cara atau kaedah penyelesaiannya tidak perlulah melibatkan ketua negara, ketua komuniti atau sebagainya sebaliknya ia boleh melalui proses engagement di antara mereka yang terlibat sama ada mangsa ataupun mereka yang melakukan (mendiskriminasi), justifikasi dan diskusi perlu dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times pada Khamis.
Mohammad Shatar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berkata demikian ketika diminta mengulas insiden membabitkan seorang gadis berbangsa India yang mendakwa haknya dinafikan untuk memohon pekerjaan di sebuah kedai minuman jenama popular apabila syarikat itu kononnya hanya mengambil pekerja kaum Melayu.
Perkongsian gadis itu di TikTok turut disokong netizen yang melalui situasi hampir sama di mana ada antara mereka berkongsi pengalaman permohonan bekerja ditolak kerana cara pemakaian iaitu berhijab dan ada majikan menetapkan calon pekerja perlu mahir atau boleh berkomunikasi menggunakan Bahasa Mandarin.
Syarat demikian disifatkan mereka sebagai satu bentuk diskriminasi yang terpaksa dihadapi golongan memerlukan pekerjaan.
Mengulas lanjut, Mohammad Shatar bagaimanapun berkata sekiranya masalah itu berlaku dalam jumlah 50 hingga 60 peratus, maka wajar ia dilihat sebagai masalah negara di mana kaedah penyelesaian perlu melibatkan kepimpinan negara.
Beliau berkata realitinya adalah tidak mudah mengatakan mana-mana individu gagal mendapat pekerjaan kerana berlakunya diskriminasi kerana ia perlu disokong dengan fakta yang jelas.
Sebaliknya, beliau melihat insiden sedemikian berlaku kerana disebabkan ketidakmampuan calon pekerja untuk menonjolkan kemahiran tambahan seperti menguasai pelbagai bahasa, ketidakmampuan bekerja dalam kumpulan, menyelesaikan masalah, menunjukkan ciri kepimpinan dan sebagainya selain faktor kelayakan akademik.
“Pihak warga yang ingin mencari kerja perlu mempersiapkan diri mereka dengan elemen tambah kalau mereka ingin menang dalam persaingan tersebut (kerja)…mudah bagi kita nak kata faktor X faktor Y apabila kita tidak diterima kerja tapi kita perlu bersandarkan kepada realiti dan juga penyelidikan dibuat pelbagai pihak bertauliah.
“Kalau kita lihat JobStreet.com telah membuat pelbagai kajian dan mendapati kegagalan mereka yang mencari pekerjaan tidak ada kena mengena dengan warna kulit serta sebagainya tetapi lebih kepada elemen-elemen disebutkan tadi,” katanya.
Beliau bagaimanapun menegaskan adalah tidak wajar mana-mana majikan mendiskriminasikan individu berdasarkan warna kulit, cara pakaian, agama dan sebagainya. — The Merdeka Times
