Connect with us

Antarabangsa

FDA benarkan lelaki gay, biseksual derma darah

Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat (AS) pada Khamis melonggarkan sekatan pendermaan darah oleh lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

FDA benarkan lelaki gay, biseksual derma darah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat (AS) pada Khamis melonggarkan sekatan pendermaan darah oleh lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis.
  • Menurut garis panduan terkini, lelaki lelaki gay dan biseksual yang tidak berhubungan lebih dari satu pasangan akan dibenarkan untuk menderma darah.
  • “FDA telah bekerja sebaik mungkin untuk menilai dasar kami dan memastikan adanya bukti saintifik yang menyokong penilaian risiko individu bagi kelayakan penderma sambil mengekalkan perlindungan terhadap penerima darah,” – Pengarah Pusat Penilaian dan Penyelidikan Biologi FDA, Peter Marks.
  • Garis panduan terbaru FDA itu menyatakan semua bakal penderma yang ada melakukan hubungan seks anal (dubur) dengan pasangan baharu, atau lebih daripada seorang pasangan dalam tempoh tiga bulan, akan diberi tempoh penangguhan tiga bulan untuk mengurangkan kemungkinan adanya jangkitan HIV baru atau sedia ada.
  • Manakala bakal penderma yang melaporkan tiada berhubungan seks dengan pasangan baharu walaupun ada melakukan seks anal (dubur) dalam tempoh tiga bulan lalu, masih layak menderma darah jika kriteria lain dipenuhi.

Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat (AS) pada Khamis melonggarkan sekatan pendermaan darah oleh lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis.

Agensi itu berkata ia akan mengesyorkan satu siri “soalan penilaian risiko individu” yang selaras untuk setiap penderma, tanpa mengira orientasi seksual atau jantina.

Memetik laporan The Hill, lelaki gay dan biseksual yang tidak berhubungan lebih dari satu pasangan akan dibenarkan untuk menderma darah.

“Pelaksanaan cadangan ini akan mewakili satu peristiwa penting bagi agensi dan komuniti LGBTQI+,” kata Pengarah Pusat Penilaian dan Penyelidikan Biologi FDA, Peter Marks.

Menurut garis panduan terkini FDA, lelaki yang melakukan hubungan seks sejantina dibenarkan menderma darah selepas tempoh tiga bulan menahan diri dari perbuatan songsang itu.

Perubahan ini dibuat pada 2020, selepas panduan sebelumnya mewajibkan tempoh penangguhan selama 12 bulan.

Kelonggaran terhadap sekatan yang bersifat ‘inklusif’ itu dibuat berdasarkan bukti saintifik yang dipercayai mengekalkan keselamatan bekalan darah.

“FDA bekerja sebaik mungkin untuk menilai dasar kami dan memastikan adanya bukti saintifik yang menyokong penilaian risiko individu bagi kelayakan penderma sambil mengekalkan perlindungan terhadap penerima darah,” kata Peter.

Garis panduan terkini dikeluarkan pada Khamis itu menyatakan yang semua bakal penderma darah perlu menjawab beberapa soalan penilaian risiko individu untuk menentukan kelayakan.

Semua bakal penderma yang ada melakukan hubungan seks anal (dubur) dengan pasangan baharu, atau lebih daripada seorang pasangan dalam tempoh tiga bulan, akan diberi tempoh penangguhan tiga bulan untuk mengurangkan kemungkinan adanya jangkitan HIV baru atau sedia ada.

Penderma yang melaporkan tiada berhubungan seks dengan pasangan baharu walaupun ada melakukan seks anal (dubur) dalam tempoh tiga bulan lalu, masih layak menderma jika kriteria lain dipenuhi, demikian menurut FDA.

Sumber: The Hill

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *