Connect with us

Terkini

PPIM tidak setuju umur pengeluaran KWSP dikaji semula kepada 60 tahun, umur persaraan

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak bersetuju dengan cadangan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yang meminta syarat pengeluaran KWSP dikaji semula mengikut umur persaraan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

PPIM tidak setuju umur pengeluaran KWSP dikaji semula kepada 60 tahun, umur persaraan
Foto: Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman (kiri) dan Datuk Nadzim Johan (kanan).
  • Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak bersetuju dengan cadangan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yang meminta syarat pengeluaran KWSP dikaji semula mengikut umur persaraan.
  • Ketika ini, pengeluaran penuh caruman KWSP boleh dilakukan pada usia 55 tahun ketika timbul cadangan supaya perkara itu dikaji semula mengikut umur persaraan semasa iaitu 60 tahun atau umur persaraan baharu.
  • “Tidak setujulah…orang nak mati kena tunggu dia mati dulu ke? Tak bolehlah…kita bila dalam keadaan terdesak, emergency dalam keadaan hidup dan mati dia kena beri pertimbangan lain juga. Jadi jangan sama ratakan masalah orang”. – Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.
  • Mengulas isu sama, Perunding Kewangan, Afyan Mat Rawi yang juga lebih cenderung untuk tidak bersama MEF berpandangan syarat pengeluaran KWSP sedia ada sudah cukup ketat.
  • “Dia sebenarnya membantu KWSP supaya tabungan KWSP semakin banyak walhal yang sedia ada ini pun dah cukup okey. Tiada keperluan untuk menghalang rakyat keluarkan KWSP sekiranya berlaku event-event yang sudah ada sekarang ini,” katanya.

KUALA LUMPUR — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak bersetuju dengan cadangan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yang meminta syarat pengeluaran KWSP dikaji semula mengikut umur persaraan.

Ketika ini, pengeluaran penuh caruman KWSP boleh dilakukan pada usia 55 tahun ketika timbul cadangan supaya perkara itu dikaji semula mengikut umur persaraan semasa iaitu 60 tahun atau umur persaraan baharu.

Terdapat pihak mencadangkan supaya umur persaraan semasa dinaikkan kepada 65 tahun.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata cadangan sedemikian tidak wajar dilakukan kerana ia melibatkan soal hidup dan mati seseorang individu.

Katanya, ia juga bagi mengelakkan cadangan seumpama itu tersasar dari matlamat asal sebagaimana berlaku sebelum ini.

“Tidak setujulah…orang nak mati kena tunggu dia mati dulu ke? Tak bolehlah…kita bila dalam keadaan terdesak, emergency dalam keadaan hidup dan mati dia kena beri pertimbangan lain juga.

“Jadi jangan sama ratakan masalah orang,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times hari ini.

Beliau menyarankan kaedah tapisan khas dibuat di mana hanya individu mempunyai justifikasi mendesak dibenarkan membuat pengeluaran supaya tidak berlaku salah sasaran.

Ini berikutan sebelum ini sesiapa sahaja dibenarkan untuk mengeluarkan EPF sehingga individu yang tiada masalah juga dapat menikmatinya.

“Kalau duit itu tidak boleh diberi dia kena bagi pilihan lain contohnya minta duit kepada baitulmal, masjid ke,” katanya.

Mengulas isu sama, Perunding Kewangan, Afyan Mat Rawi yang juga lebih cenderung untuk tidak bersama MEF berpandangan syarat pengeluaran KWSP sedia ada sudah cukup ketat.

“Jadi cadangan itu bagi saya…saya banyak ke arah tidak setuju ikutkan sebabnya ia tidak membantu rakyat. 

“Dia sebenarnya membantu KWSP supaya tabungan KWSP semakin banyak walhal yang sedia ada ini pun dah cukup okey. Tiada keperluan untuk menghalang rakyat keluarkan KWSP sekiranya berlaku event-event yang sudah ada sekarang ini,” katanya.

Afyan mencadangkan KWSP untuk lebih proaktif dengan melaburkan wang sedia ada bagi mendapatkan pulangan lebih tinggi selepas prestasi dividen KWSP yang dilihat semakin berkurangan dari tahun ke tahun.

Katanya, Kerajaan juga disarankan untuk memberi fokus kepada dua perkara dalam usaha memulihkan ekonomi antaranya menyediakan langkah bagi meningkatkan pendapatan rakyat serta mengenakan polisi mengawal kenaikan harga barangan agar tidak terlalu melambung.

Beliau juga mengingatkan masyarakat untuk tidak terlalu mengharapkan bantuan kerajaan selain mempertingkatkan ilmu literasi kewangan mereka untuk bertahan hidup dalam situasi menekan. — The Merdeka Times

Author