Terkini
FAMA bekal 1.2 juta telur ayam sempena Aidilfitri
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri membekalkan sebanyak 37,581 papan mengandungi 1.2 juta telur ayam sebagai persiapan menghadapi Aidilfitri minggu depan.
- Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri membekalkan sebanyak 37,581 papan mengandungi 1.2 juta telur ayam sebagai persiapan menghadapi Aidilfitri minggu depan.
- Tinjauan di Pasar Tani Kekal (PTK) di Chendering di sini mendapati bekalan telur ayam itu tiba hari ini dan terus diedarkan ke semua Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR), Agrobazaar Rakyat (ABR) dan usahawan pasar tani.
- Bekalan telur ayam sebanyak kira-kira 1,500 papan mengandungi 45,000 biji yang tiba awal pagi ini turut dihantar untuk dijual terus kepada pengunjung di tapak program khas Syawal Madani di pasar tani Kuala Berang.
- “Setakat ini, kita mengesahkan bekalan telur ayam mencukupi untuk menampung keperluan masyarakat.” – Pengarah FAMA negeri, Nukman Hashim
KUALA TERENGGANU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri membekalkan sebanyak 37,581 papan mengandungi 1.2 juta telur ayam sebagai persiapan menghadapi Aidilfitri minggu depan.
Tinjauan di Pasar Tani Kekal (PTK) di Chendering, di sini, mendapati bekalan telur ayam itu tiba hari ini dan terus diedarkan ke semua Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR), Agrobazaar Rakyat (ABR) dan usahawan pasar tani.
Bekalan telur ayam sebanyak kira-kira 1,500 papan mengandungi 45,000 biji yang tiba awal pagi ini turut dihantar untuk dijual terus kepada pengunjung di tapak program khas Syawal Madani di pasar tani Kuala Berang.
Tinjauan turut mendapati beberapa pengusaha AKR dan ABR serta usahawan pasar tani menggunakan kenderaan sendiri mengangkut telur ayam untuk dipasarkan.
Turut bersama membuat tinjauan adalah Timbalan Pengarah Bahagian Operasi FAMA negeri, Azhar Jamaludin.
Pengarah FAMA negeri, Nukman Hashim ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah membuat tempahan sebanyak 35,000 papan telur ayam mengandungi 1.1 juta biji pada Khamis ini.
“Setakat ini, kita mengesahkan bekalan telur ayam mencukupi untuk menampung keperluan masyarakat.
“Hasil tinjauan di beberapa syarikat pemborong juga turut mendapati bekalan telur ayam sudah tiba sejak Sabtu lalu,” katanya.
Nukman berkata, FAMA akan terus memainkan peranan untuk membantu menyelesaikan krisis bekalan telur ayam di negeri ini.
Hasil pemantauan dilakukan sejak Isnin lalu, katanya, masyarakat termasuk peniaga dan pengusaha pasar raya tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan telur ayam.
Katanya, krisis kekurangan bekalan telur ayam dijangka selesai sepenuhnya selepas Aidilfitri.
Sumber: Berita Harian