Connect with us

Terkini

AADK buka sesi lawatan khas untuk keluarga sempena Aidilfitri pada 25 April – 1 Mei

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) membuka sesi lawatan khas sempena Aidilfitri untuk keluarga atau penjaga klien di 30 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di seluruh negara bermula 25 April sehingga 1 Mei ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

AADK buka sesi lawatan khas untuk keluarga sempena Aidilfitri pada 25 April - 1 Mei
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) membuka sesi lawatan khas sempena Aidilfitri untuk keluarga atau penjaga klien di 30 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di seluruh negara bermula 25 April sehingga 1 Mei ini.
  • Lawatan itu bertujuan untuk merapatkan hubungan antara klien dan keluarga, mendapatkan sokongan moral dan emosi antara satu sama lain.
  • “Melalui program ini, keluarga dapat melihat perkembangan pemulihan klien yang mengikuti Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) AADK.
  • “Lawatan keluarga ini juga memberi ruang dan peluang antara keluarga atau penjaga dan klien untuk bertemu serta melihat kepulihan klien,” katanya.

KUALA LUMPUR: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) membuka sesi lawatan khas sempena Aidilfitri untuk keluarga atau penjaga klien di 30 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di seluruh negara bermula 25 April sehingga 1 Mei ini.

AADK dalam satu kenyataan semalam, berkata lawatan itu bertujuan untuk merapatkan hubungan antara klien dan keluarga, mendapatkan sokongan moral dan emosi antara satu sama lain.

“Melalui program ini, keluarga dapat melihat perkembangan pemulihan klien yang mengikuti Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) AADK.

“Lawatan keluarga ini juga memberi ruang dan peluang antara keluarga atau penjaga dan klien untuk bertemu serta melihat kepulihan klien,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, semua keluarga atau penjaga yang ingin menyertai sesi lawatan itu dikehendaki menghubungi PUSPEN terlebih dahulu menerusi panggilan telefon, mesej pesanan ringkas (SMS), pesanan aplikasi WhatsApp, surat atau e-mel.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi PUSPEN berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut melalui Talian Hotline Helo AADK di talian 1-800-22-AADK (2235) atau 019-626 2233 (WhatsApp) bagi mendapatkan nasihat atau aduan berkaitan permasalahan dadah.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *