Connect with us

Antarabangsa

Taliban larang pelantikan ahli keluarga dalam pentadbiran kerajaan

Pemimpin utama Taliban melarang pegawai melantik anak lelaki dan ahli keluarga sendiri di dalam pentadbiran kerajaan.

Wartawan TMT

Published

on

Taliban larang pelantikan ahli keluarga dalam pentadbiran kerajaan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pemimpin utama Taliban melarang pegawai melantik anak lelaki dan ahli keluarga dalam pentadbiran kerajaan.
  • Dalam dekri dikeluarkan Hibatullah Akhundzada, anak lelaki atau ahli keluarga kepada pegawai kerajaan yang bekerja dalam pentadbiran perlu dipecat segera.
  • Arahan dikeluarkan semalam menyatakan, pegawai kanan di kementerian, jabatan dan pentadbiran kerajaan perlu mengelak melantik pekerja berdasarkan hubungan keluarga atau peribadi.
  • Lazimnya proses pengambilan pekerja di sektor kerajaan perlu dibuat berdasarkan dekri yang dikeluarkan pegawai tertinggi Taliban atau pegawai kanan pentadbiran.

KABUL, 27 Syaaban 1444H, Isnin – Pemimpin utama Taliban melarang pegawai melantik anak lelaki dan ahli keluarga sendiri di dalam pentadbiran kerajaan.

Dalam dekri yang dikeluarkan Hibatullah Akhundzada, anak lelaki atau ahli keluarga kepada pegawai kerajaan yang bekerja dalam pentadbiran perlu dipecat segera.

Arahan yang dikeluarkan semalam menyatakan, pegawai kanan di kementerian, jabatan dan pentadbiran kerajaan perlu mengelak melantik pekerja berdasarkan hubungan keluarga atau peribadi.

Menerusi arahan itu, semua pegawai kerajaan yang mempunyai seorang atau lebih anak lelaki dalam institusi sama perlu dipecat serta-merta dan menggantikan jawatan itu dengan pekerja baharu mengikut kelayakan masing-masing.

Lazimnya proses pengambilan pekerja di sektor kerajaan dibuat berdasarkan dekri yang dikeluarkan pegawai tertinggi Taliban atau pegawai kanan pentadbiran.

Dekri baharu itu juga menegaskan pengharaman penanaman ganja dan melarang mana-mana rakyat berbuat demikian walaupun di tanah peribadi.

Kebiasaan ganja ditanam di kawasan separa tropika di negara berkenaan.

Sumber: Ismaweb

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Muslim lemah dan letih, Ramadan masa terbaik bunuh penduduk Gaza – Ahli Parlimen Israel

Ramadan masa terbaik untuk membunuh penduduk Gaza yang lemah dan letih kerana mereka berpuasa, kata Ahli Knesset (Parlimen Israel), Almog Cohen.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Ahli Knesset (Parlimen Israel), Almog Cohen.

Ramadan masa terbaik untuk membunuh penduduk Gaza yang lemah dan letih kerana mereka berpuasa, kata Ahli Knesset (Parlimen Israel), Almog Cohen.

Bercakap di Channel 14 Israel, Ahli Parlimen rasis itu menyeru Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya menyerang Rafah dan membunuh warga Palestin di Gaza.

“Perdana Menteri individu yang menentukan keputusan (menyerang), Perdana Menteri, kita perlu turunkan tentera di Rafah dan “bunuh mereka”.

“Ya! ketika mereka lapar, ketika mereka kepenatan, ketika mereka lemah, supaya dipatahkan tulang belulang mereka.

“Waktu Ramadan lah waktu terbaik untuk membunuh mereka, mereka lemah dan kepenatan dan tidak, saya tidak mengasihani mereka,” kata Cohen.

Video dimuat naik di Instagram MEMO itu menerima respons negatif netizen termasuk individu yang tidak senang dengan laras bahasa digunakan Ahli Parlimen Israel itu.

“Adakah kamu tahu mana-mana orang negara lain yang bercakap seperti ini ketika ke udara? dahagakan darah? Genosida.. secara terbuka.. bebas atas kesepakatan awam..?! Tak pernah nampak rejim yang paling ganas pun cakap macam ni tentang manusia .. tak masuk akal!!,” kata netizen, Yusra Ahmed.

Israel membunuh lebih 32,000 rakyat Palestin sejak permulaan tindakan genosidnya ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu dengan majoriti mangsanya adalah wanita dan kanak-kanak. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending