Connect with us

Terkini

Sekat filem berunsur provokasi agama – Pemuda PAS

Pemuda PAS menggesa Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil untuk menyekat sebarang kandungan hiburan yang mengganggu-gugat keamanan agama dan akidah umat Islam. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Sekat filem berunsur provokasi agama – Pemuda PAS
Foto: Ketua Penerangan PAS, Nazir Helmi
  • Pemuda PAS gesa Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil menyekat kandungan hiburan yang mengganggu-gugat keamanan agama dan akidah umat Islam. 
  • Ketua Penerangan Pemuda PAS, Nazir Helmi berkata filem Mentega Terbang yang sedang ditayangkan merupakan contoh jelas elemen ekstrimisme dan provokasi agama yang tidak wajar dibiarkan dalam Malaysia Madani idaman PH-BN.
  • Penggiat seni hiburan diingatkan untuk menghormati sensitiviti umat Islam dan membuat kajian teliti sebelum menghasilkan apa jua karya buat masyarakat.

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS menggesa Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil untuk menyekat sebarang kandungan hiburan yang mengganggu-gugat keamanan agama dan akidah umat Islam. 

Ketua Penerangannya, Nazir Helmi berkata filem Mentega Terbang yang sedang bebas ditayangkan merupakan antara contoh jelas elemen ekstrimisme dan provokasi agama yang tidak wajar dibiarkan dalam Malaysia Madani idaman PH-BN.

“Pemuda PAS mengecam sekeras-kerasnya tayangan sebuah filem tempatan secara atas talian, yang membawa mesej penghinaan secara tersirat kepada agama Islam.

“Antara mesej-mesej bersifat “blasphemy” yang dibawa filem ini adalah berkenaan elemen “reincarnation” dan liberalisme yang dibawa watak utama,” katanya di Facebook, pada Rabu.

Nazir Helmi juga menyatakan kekhuatiran dengan gaya pembawaan pluralisme, watak utama yang masih belasan tahun itu, di mana ia boleh mempengaruhi penonton remaja dan kanak-kanak yang menonton cerita berkenaan. 

Katanya, filem itu turut membawa mesej salah berkenaan ciri-ciri agama Islam itu sendiri yang bebas daripada elemen menyerupai agama lain.

“Pemuda PAS menegaskan bahawa berhibur dan aktiviti kreatif dalam Islam tidaklah dilarang. Akan tetapi ia tidak boleh melampaui batas yang telah ditetapkan syariat dan agama. 

“Dalam masa yang sama, kami ingin mengingatkan kepada penggiat seni hiburan di luar sana agar menghormati sensitiviti umat Islam dan membuat kajian yang teliti sebelum menghasilkan apa jua karya buat masyarakat,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dilapor berkata hasil penelitian JAKIM mendapati kandungan filem itu bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

The Merdeka Times sebelum ini melaporkan, seorang penulis, Zabidi Mohamed mendakwa  filem Mentega Terbang yang mula ditayangkan di platform penstriman Viu pada Januari lalu, seolah-olah menghina, merendah-rendahkan dan mempersendakan agama Islam secara terang-terangan (blasphemy).

Filem terbitan syarikat produksi Anomalist Production berkolaborasi dengan Meng Kheng Entertainment itu turut mendapat kritikan netizen yang menggesa tindakan tegas diambil KKD. – The Merdeka Times

Sumber : Facebook PAS Malaysia

Author