Connect with us

Antarabangsa

Perkahwinan sejenis bukan hak asasi manusia – Mahkamah Agung Panama

Mahkamah Agung Panama memutuskan perkahwinan sama jantina adalah bukan hak asasi manusia.

Ziera Adurah

Published

on

Perkahwinan sejenis bukan hak asasi manusia – Mahkamah Agung Panama
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Agung Panama memutuskan perkahwinan sama jantina adalah bukan hak asasi manusia.
  • Hak untuk perkahwinan sama rata kini hanyalah satu aspirasi, tidak kira berapa kali realiti berubah, untuk masa kini perkahwinan sejenis adalah tidak mempunyai pengiktirafan konvensional dan perlembagaan. – Hakim Mahkamah Agung Panama.
  • Kod keluarga itu (merujuk kepada takrifan perkahwinan adalah antara lelaki dan perempuan) bertujuan memberi keutamaan kepada perkahwinan yang mampu menubuhkan keluarga dan membawa kepada kesinambungan masyarakat. 

Mahkamah Agung Panama memutuskan perkahwinan sama jantina adalah bukan hak asasi manusia.

Keputusan dikeluarkan 16 Februari lalu itu memberi perubahan kecil kepada Panama kerana negara Amerika Tengah itu akan terus mengiktiraf perkahwinan adalah hanya antara seorang lelaki dan seorang perempuan. 

Menurut Barron’s, satu kes difailkan pasangan sama jantina yang berkahwin di luar negara dan ingin perkahwinan mereka diiktiraf di Panama pada 2016. Kes itu melalui beberapa sesi rayuan, di mana pihak plantif berkata kod keluarga yang ada kini tidak berpelembangan kerana hanya mengiktiraf perkahwinan antara lelaki dan perempuan.

Dalam keputusan itu, hakim menulis: “Hak untuk perkahwinan sama rata kini hanyalah satu aspirasi, walaupun sah untuk orang yang terlibat, dan tidak termasuk dalam kategori hak asasi manusia,

“Tidak kira berapa kali realiti berubah, untuk masa kini perkahwinan sejenis tidak mempunyai pengiktirafan konvensional dan perlembagaan”.

Penghakiman itu turut menerangkan kod keluarga yang ada kini sebagai “objektif dan munasabah.” 

Ia turut menyatakan kod itu bertujuan memberi keutamaan kepada “perkahwinan yang mampu menubuhkan keluarga” dan membawa kepada kesinambungan masyarakat dan “spesies manusia.”

Ringkasnya, keputusan akhir mahkamah ialah tidak kira berapa banyak kali perubahan berlaku pada realiti, buat masa ini perkahwinan sejenis adalah tidak mempunyai pengiktirafan konvensional dan perlembagaan di Panama.

Sumber: Aleteia 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Pengawal penjara Israel masukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur warga Palestin sebelum mengaktifkannya – Peguam

Pengawal penjara rejim zionis Israel telah memasukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur seorang warga Palestin yang ditahan sebelum mengaktifkan alat pemadam api itu.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Peguam Palestin, Khaled Mhajne.

Pengawal penjara rejim zionis Israel telah memasukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur seorang warga Palestin yang ditahan sebelum mengaktifkan alat pemadam api itu.

Itu pendedahan Peguam Palestin, Khaled Mhajne mengenai seksaan dilalui tahanan di penjara Israel selepas beliau melawat dua rakyat Palestin yang diculik Israel dari Gaza.

Quds News Network melaporkan tawanan Palestin dalam tahanan Israel berdepan pelbagai bentuk penderaan, termasuk rogol, di tangan tentera Israel di hadapan semua orang, kata Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin pada Isnin.

Dalam sidang akhbar diadakan suruhanjaya itu di Ramallah, Khaled Mhajne yang juga peguam suruhanjaya berkenaan, melaporkan perbualannya dengan wartawan Gaza Al-Araby TV, Mohammed Arab, yang diculik tentera Israel semasa serbuan ke atas Hospital al-Shifa pada 18 Mac lalu.

“Mohammed Arab, wartawan TV Al-Araby, memaklumkan kepada saya tentang kes rogol banduan, termasuk penyeksaan yang dilakukan di hadapan semua orang,” kata Mhajne.

Dalam temu bual dengan TV Al-Araby, Mhajne menceritakan kes Mohammed memaklumkan kepadanya membabitkan seorang tahanan berusia 27 tahun yang dirogol, dipaksa tidur meniarap, diserang anjing polis “dan kemudian dirogol menggunakan alat pemadam api dengan tiubnya dimasukkan ke dalam duburnya”.

Alat pemadam api itu kemudiannya diaktifkan untuk melepaskan bahan kimia ke dalam badan lelaki malang itu, kata Mhajne.

Mohammed turut melaporkan mengenai seorang tahanan yang baru-baru ini meninggal dunia disebabkan tidak mendapat rawatan perubatan mencukupi.

Mhajne berkata adalah mustahil untuk mengetahui berapa ramai rakyat Palestin dari Gaza telah mati dalam tahanan kerana maklumat itu disembunyikan rejim Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending