Terkini
Laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi dibentang ke Kabinet dalam masa terdekat – Azalina
Memorandum Jemaah Menteri mengenai pendedahan Laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC) akan diangkat ke Jemaah Menteri dalam masa terdekat.
- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata Laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi (Report of The Institutional Reforms Committee) oleh Council of The Eminent Person disediakan pada 2018 bertujuan mengkaji dan meneliti cadangan reformasi institusi yang dikenal pasti kerajaan.
- “Laporan itu mengandungi pelbagai cadangan dan pandangan berhubung kekurangan serta kelemahan institusi kerajaan sedia ada.”
- “Input-input diutarakan dalam laporan ini turut akan diambil kira dalam cadangan reformasi institusi yang bakal dilaksanakan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat menjawab soalan Kapten Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) yang meminta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan akan mendedahkan laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi ditubuhkan pada 2018.
KUALA LUMPUR: Memorandum Jemaah Menteri mengenai pendedahan Laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC) akan diangkat ke Jemaah Menteri dalam masa terdekat.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata Laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi (Report of The Institutional Reforms Committee) oleh Council of The Eminent Person disediakan pada 2018 bertujuan mengkaji dan meneliti cadangan reformasi institusi yang dikenal pasti kerajaan.
“Laporan itu mengandungi pelbagai cadangan dan pandangan berhubung kekurangan serta kelemahan institusi kerajaan sedia ada.
“Input-input yang diutarakan dalam laporan ini turut akan diambil kira dalam cadangan reformasi institusi yang bakal dilaksanakan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Kapten Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) yang meminta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan akan mendedahkan laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi yang ditubuhkan pada 2018.
Sebelum ini veteran DAP, Lim Kit Siang menyokong cadangan supaya laporan IRC didedahkan kepada umum bagi membolehkan pelbagai pihak memberikan pandangan balas untuk kerajaan memperkasakan pentadbiran dan kedaulatan undang-undang.
Jawatankuasa itu dibentuk pada 15 Mei 2018 ketika pentadbiran Pakatan Harapan yang diterajui Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
IRC ketika itu dianggotai bekas Hakim Mahkamah Rayuan K C Vohrah; bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Mah Weng Kwai; Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Brig Jen (B) Mohd Arshad Raji; Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Datuk S Ambiga dan pakar perlembagaan dan pensyarah undang-undang Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.
Sumber: Berita Harian