Terkini
Cari jalan pendekkan kes krisis rumah tangga – Menteri Agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menggesa pihak berkenaan mencari jalan penyelesaian bagi memastikan tempoh sesuatu kes di mahkamah syariah dapat dipendekkan.

- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menggesa pihak berkenaan mencari jalan penyelesaian memastikan tempoh sesuatu kes di mahkamah syariah dapat dipendekkan.
- Merujuk kepada Jabatan Kehakiman Malaysia, Mahkamah Syariah dan peguam syarie, Mohd Na’im berkata ini kerana beliau bimbang kezaliman akan berlaku terhadap pasangan suami isteri dengan krisis rumah tangga berterusan.
- “Lagi panjang kes tu, ia akan menyebabkan kezaliman kepada pihak-pihak berkenaan dan peranan ini bukan sahaja mahkamah perlu mainkan, peguam syarie pun kena mainkan,” katanya pada Majlis Pelancaran Konsultasi Guaman Syarie Percuma di sini semalam.
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menggesa pihak berkenaan mencari jalan penyelesaian bagi memastikan tempoh sesuatu kes di mahkamah syariah dapat dipendekkan.
Merujuk kepada Jabatan Kehakiman Malaysia, Mahkamah Syariah dan peguam syarie, Mohd Na’im berkata ini kerana beliau bimbang kezaliman akan berlaku terhadap pasangan suami isteri dengan krisis rumah tangga berterusan.
“Lagi panjang kes tu, ia akan menyebabkan kezaliman kepada pihak-pihak berkenaan dan peranan ini bukan sahaja mahkamah perlu mainkan, peguam syarie pun kena mainkan,” katanya pada Majlis Pelancaran Konsultasi Guaman Syarie Percuma di sini semalam.

Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam sesi soal jawab bersama media semalam.
Mohd Na’im berkata tidak perlu ada usaha untuk melambat-lambatkan penyelesaian kes itu kerana yang dizalimi adalah pihak terlibat.
Katanya, penggemblengan kerjasama semua pihak seperti mahkamah dan peguam dalam memastikan adanya matlamat yang sama, tanpa prejudis kepada keadilan.
“Jadi, kena pandai imbangkan antara bagaimana nak mempercepatkan kes tapi dalam masa sama tidak memprejudiskan isu keadilan,” katanya.
Program konsultasi dianjurkan itu bertujuan memastikan semua umat Islam di negara ini, khususnya golongan B40 mendapat akses kepada keadilan secara percuma bagi yang berurusan dengan Mahkamah Syariah.
Program itu juga sebahagian khidmat Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada masyarakat Islam sesuai dengan kepakaran dimilikinya. – The Merdeka Times
