Connect with us

Antarabangsa

Turkiye enggan sokong Sweden sertai NATO selagi tidak hentikan pembakaran al-Quran

Turkiye menolak memberi ‘lampu hijau’ kepada permohonan Sweden menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selagi ia membenarkan serangan terhadap kitab suci Islam, al-Quran.

Wartawan TMT

Published

on

Turkiye enggan sokong Sweden sertai NATO selagi tidak hentikan pembakaran al-Quran
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Turkiye tidak akan bersetuju kepada permohonan Sweden menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selagi ia membenarkan serangan terhadap kitab suci Islam, al-Quran.
  • “Kami tidak akan berkata ya kepada kemasukan (Sweden) ke dalam NATO selagi anda membenarkan kitab suci kami, al-Quran, dibakar, dikoyak, dan dilakukan dengan (kelulusan) anggota keselamatan anda.” – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
  • Bagaimanapun, Turkiye mempunyai pandangan berbeza yang lebih positif terhadap permohonan Finland.

 

Turkiye menolak memberi ‘lampu hijau’ kepada permohonan Sweden menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selagi ia membenarkan serangan terhadap kitab suci Islam, al-Quran.

Memetik laporan Middle East Monitor, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata pada Rabu, “Kami tidak akan berkata ya kepada kemasukan (Sweden) ke dalam NATO selagi anda membenarkan kitab suci kami, al-Quran, dibakar, dikoyak dan dilakukan dengan (kelulusan) anggota keselamatan anda.

“Kami mengikuti perkembangan berkaitan proses pembesaran NATO dengan teliti. Pandangan kami terhadap Finland adalah positif, tetapi tidak terhadap Sweden,” katanya, menandakan kesediaan untuk menyokong penyertaan Finland dalam NATO secara berasingan daripada Sweden.

Kenyataan itu dibuat susulan tindakan ahli politik ekstrimis Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran sebanyak dua kali.

Selepas membakar al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, Paludan membakar senaskah lagi kitab suci itu di hadapan sebuah masjid di Denmark.

Paludan turut berkata yang dia akan membakar al-Quran secara berterusan setiap hari Jumaat, sehinggalah Sweden diterima ke dalam pakatan NATO.

Sweden dan Finland membuat permohonan rasmi untuk menyertai NATO pada Mei tahun lalu.

Persetujuan sebulat suara dari semua negara anggota NATO adalah diperlukan untuk diterima menyertai pakatan itu, termasuklah Turkiye yang menganggotai NATO selama lebih tujuh dekad.

Sehingga kini, hanya Turkiye dan Hungary sahaja selaku negara anggota yang belum bersetuju terhadap permohonan kemasukan Sweden dan Finland.

 

Sumber: Middle East Monitor

Author

Antarabangsa

AS abai iktiraf kekejaman Israel di Gaza supaya boleh terus hantar senjata

Amerika Syarikat (AS) berkata ia tidak menetapkan sama ada Israel telah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa walaupun setelah hampir enam bulan berlangsungnya peperangan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Democracy For The Arab World Now, Sarah Leah Whitson.
  • Amerika Syarikat (AS) berkata ia tidak menetapkan sama ada Israel telah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa walaupun setelah hampir enam bulan berlangsungnya peperangan.
  • Israel membunuh lebih 32,000 rakyat Palestin di Gaza dan menyebabkan lebih 80 peratus penduduknya kehilangan tempat tinggal.
  • Ini termasuk pemusnahan sebahagian besar wilayah konflik itu dengan sekatan menyesakkan yang mendorong Gaza memasuki ambang kebuluran.
  • Dakwaan Washington yang diumumkan minggu ini adalah sebahagian proses pengawasan pemindahan senjata kepada sekutunya mencetuskan kekeliruan dan kecaman daripada kumpulan hak asasi manusia.
  • “Ia mengundang ejekan dan hinaan satu dunia untuk mendengar kenyataan sedemikian dikeluarkan di hadapan dunia oleh pentadbiran Biden,” kata Pengarah Democracy For The Arab World Now, Sarah Leah Whitson dipetik Al Jazeera pada Rabu.

Amerika Syarikat (AS) berkata ia tidak menetapkan sama ada Israel telah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa walaupun setelah hampir enam bulan berlangsungnya peperangan.

Israel membunuh lebih 32,000 rakyat Palestin di Gaza dan menyebabkan lebih 80 peratus penduduknya kehilangan tempat tinggal.

Ini termasuk pemusnahan sebahagian besar wilayah konflik itu dengan sekatan menyesakkan yang mendorong Gaza memasuki ambang kebuluran.

Dakwaan Washington yang diumumkan minggu ini adalah sebahagian proses pengawasan pemindahan senjata kepada sekutunya mencetuskan kekeliruan dan kecaman daripada kumpulan hak asasi manusia.

Pengarah Democracy For The Arab World Now, Sarah Leah Whitson berkata, “ia tidak masuk akal”.

“Ia mengundang ejekan dan hinaan satu dunia untuk mendengar kenyataan sedemikian dikeluarkan di hadapan dunia oleh pentadbiran Biden,” kata Whitson dipetik Al Jazeera pada Rabu.

Undang-undang AS melarang pemberian senjata kepada negara yang terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia.

Kumpulan advokasi memberitahu pentadbiran Presiden Joe Biden mengubah fakta dan menafikan pencabulan-pencabulan Israel yang telah didokumentasikan dengan baik supaya ia dilihat mematuhi peraturan.

Whitson memaklumkan Biden sendiri menyifatkan pengeboman Israel ke atas Gaza sebagai “secara sembarangan” yang menetapkannya sebagai jenayah perang dan Washington secara terbuka mengaku Israel penghalang bahan bantuan memasuki wilayah konflik itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending